Siapa Menumbuk, Siapa Penumbuk
Wahai mentee-menteeku,
Orang baik-baik tidak akan menghayunkan penumbuk pertama. Sesiapa yang mula-mula mengeluarkan buku limanya, dia merosakkan nama baiknya sendiri.
Dalam dunia bisnes buku, nama baik adalah modal utama kita. Orang membeli buku kita selagi mereka yakin kita penulis yang berperibadi baik.
Justeru, apabila peribadi dan buku saudara dikritik dan dikutuk orang, ikut sunnah Nabi Muhammad. Jangan buat apa-apa, bersabar sahaja. Selepas 100 hari, orang lupa.
Apabila kita diam, orang yakin kita orang baik-baik, manakala cakap-cakap orang yang mengutuk kita itu tidak betul, itu sebab kita tidak ambil pusing. Begitulah cara orang Melayu menilai tingkah laku kita.
Apabila kita saman-menyaman, orang akan berkata dalam hati, "Kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang."
Di kalangan orang Melayu, membuktikan kita betul, orang lain salah - itu bukan misi penting. Sama sekali tidak penting. Membuktikan kita adalah orang baik-baik - inilah yang paling penting.
Kekalkan nama baik kita. Jangan jadi pihak yang mula-mula menghayunkan penumbuk!
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Siapa penumbuk? Penumbuk siapa?
——-
JS, itu acara tinju agaknya.
Di Kedah dulu ramai penumbuk, wanita pula yang rajin menumbuk. Negeri Jelapang Padi…
Urm… Ada seorang perempuan Kedah tumbuk perempuan lain, rumput punya hal, gambar empat warna masuk berita muka depan surat khabar…
>>>Urm… Ada seorang perempuan Kedah tumbuk perempuan lain, rumput punya hal, gambar empat warna masuk berita muka depan surat khabar…
Teringat waktu darjah enam saya bertumbuk dengan budak lelaki untuk membuktikan yang budak perempuan boleh menang bila bertumbuk, dan tidak menangis bila ditumbuk juga untuk memberi mereka amaran jangan sewenang-wenangnya menyentuh perempuan.
Penumbuk perempuan bila betul gunanya akan menjadi penjaga diri di zaman ini yang wanita tidak lagi dilindungi lelaki yang sepatutnya menjadi pelindungnya. Mungkin sebab dia perlu keluar bersendirian atau mungkin juga sebab dia tidak dipedulikan atau dianggap pandai dan mampu menjaga diri oleh lelaki yang menjadi walinya.
Bertudung waktu saya mula memakainya dahulu masih kuat perlindungannya, namun kini setelah imej wanita bertudung dicemari oleh segelintir yang memakai tudung tetapi tidak ‘menudung’ aib mereka, ia sudah tidak begitu ampuh lagi.
Post a comment