Sunday, November 25, 2007

Cara Buat Bisnes dengan METADOME

METADOME adalah "master content provider" (pembekal konten induk) kepada semua TELCO (telecommunications company) di negara ini. Buku-buku PTS akan dibekalkan kepada METADOME, kemudian METADOME membekalkan buku-buku itu kepada Maxis, DiGi, Celcom dan MITV. Sesiapa yang memiliki HP-berwarna akan dapat membeli buku-buku PTS, dengan menggunakan kad pre-paid pun boleh! 

Pada masa ini TELCO di Malaysia adalah: Maxis (8 juta pelanggan), DiGi (6 juta pelanggan), Celcom (6 juta pelanggan) dan MITV (2 ribu pelanggan). Tidak lama lagi DiGi akan menjadi TELCO terbesar apabila Time.com dijual kepada DiGi. 

METADOME adalah pembekal induk konten-mobile kepada semua TELCO itu. Ertinya, sesiapa yang hendak menjual konten kepada mana-mana TELCO, dia terpaksa melalui METADOME.

MITV adalah penerbit TV-mobile, yang dapat ditonton menggunakan HP.  Ia tidak menggunakan teknologi 3G ataupun GPRS. Para penerbit rancangan TV yang mahu menjual produk terbitan mereka kepada MITV, mereka juga terpaksa melalui METADOME.

METADOME sudah mendapat slot 8 jam sehari daripada MITV, yang mesti diisi dengan rancangan terbitan METADOME sendiri. METADOME bercadang memberikan slot khas bagi buku-buku PTS.

Bisnes menjual konten-mobile memerlukan kos promosi yang amat tinggi. Pengguna HP mesti diberitahu bahawa mereka boleh membeli buku-buku PTS dengan menggunakan HP mereka. Pengguna HP juga mesti diberitahu langkah-demi-langkah cara membeli buku-buku itu. Ini bermakna METADOME dan TELCO mesti membeli ruang iklan dalam akhbar, radio dan TV bagi memberikan maklumat itu kepada pemilik HP.

Ruang iklan amat mahal. Bagi membeli 1 halaman warna dalam Harian Metro, kosnya adalah RM6 ribu. Bagi membeli iklan dalam radio Hitz.FM, iklan yang disiarkan 6 kali satu hari, selama 14 hari, kosnya adalah RM100 ribu. Kos promosi ini ditanggung 50-50 oleh METADOME dan TELCO. Jika METADOME membekalkan buku-buku PTS ke Maxis, maka kos promosi ditanggung 50-50 oleh METADOME dan Maxis.

Harian Metro dan Hitz.FM dipilih kerana konten-mobile dibeli oleh remaja dan orang muda antara 16-20 tahun. Mereka membaca Harian Metro dan mendengar Hitz.FM

Data jualan konten-mobile METADOME menunjukkan (a) jualan paling banyak adalah dari kawasan Pantai Timur, dan (b) jualan paling banyak berlaku pada hari Ahad.

METADOME juga adalah pembekal konten induk kepada Bluehyppo. Ini bermakna buku-buku PTS juga dapat dibeli melalui Bluehyppo.

Samsung sudah berunding dengan METADOME bagi membantu syarikat itu menjual HPnya kepada pembeli Melayu. Rupa-rupanya, pembeli Melayu sangat suka membeli HP Nokia. Mereka tidak suka HP Samsung. 

Samsung dan METADOME sedang memikirkan kemungkinan HP Samsung dapat dijual kepada orang Melayu dengan memberikan konten percuma dalam Bahasa Melayu. Konten itu dapat diberi sesuai dengan profail pembeli.

Sebagai contoh, jika pembeli itu lelaki muda, MOBO (mobile-book) yang sesuai diberikan percuma adalah buku-buku PTS Professional. Jika pembeli itu remaja perempuan, MOBO yang diberikan adalah buku-buku PTS One. Dan begitulah seterusnya.

Nota kepada peserta bengkel: Jangan lupa projek novel interaktif!

Buku MOBO versi 1.0: 10 halaman - 40 ribu aksara

Buku MOBO versi 2.0: 300 halaman - 200 ribu aksara (Pelancaran Januari 2008)

Buku MOBO versi 3.0: 30 game-book - buku interaktif (Pelancaran April 2008)

Tema untuk buku remaja lelaki: Kembara, penyiasatan, misteri, sukan, super hero, dengan diselitkan nilai-nilai murni.

Tema untuk buku remaja perempuan: Cinta, persahabatan, kekeluargaan, dengan diselitkan nilai-nilai murni.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Mobile
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komitmen PTS kepada Novel Cinta Islami Previous entry: Akan Terbit! Terbaru dari Tuan Guru
Firdaus  on  11/26  at  08:33 AM

Sedikit pembetulan Puan, Time.com hanya menjual lesen 3G kepada DiGi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/17  at  10:21 PM

dia jual buku ke?igtkan metadome ni distributor prepaid kad..baru nak mintak no tepon :(

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: