Thursday, March 29, 2007

Siapa Patut Tulis Buku Agama untuk Pembaca Beginner

Di luar sana banyak orang Islam yang tidak pandai bersembahyang, manakala hati mereka sudah selalu terkenang-kenang ingin belajar sembahyang.

Mereka malu hendak mengaku mereka tidak pandai sembahyang. Seperti biasa, mereka percaya mereka boleh belajar sembahyang dengan membaca buku.

Buku yang bagaimanakah yang diperlukan oleh pembaca seperti itu?

Pertama-tama, orang Islam yang tidak pandai bersembahyang ini tidak tahu membaca huruf Arab. Dia mungkin baru masuk Islam sebab berkahwin dengan orang Islam keturunan, jadi pasangannya pun alif-batang-kayu juga.

Ada juga orang yang baru masuk Islam itu buta huruf! Mereka mungkin penduduk Bumiputera di kawasan-kawasan pedalaman di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sudahlah buta huruf, mereka mungkin sudah tua, justeru payah hendak mengingat.

Ataupun, orang yang hendak belajar sembahyang itu orang profesional, tinggal di kondominium pusat bandar Kuala Lumpur, tetapi dia mungkin Islam keturunan. Barangkali salah seorang daripada ibu bapanya bukan Melayu, oleh itu dia tidak dibesarkan dengan pendidikan Islam tradisional.

Mungkin dia seorang anak Orang Asli yang ibu bapanya baru diIslamkan. Mungkin dia anak orang Iban yang masuk Islam selepas belajar di UIA, dan sekarang dia baru berjaya mengajak ibu bapanya yang buta huruf masuk Islam juga, dan dia perlu mengajar ibu bapanya sembahyang.

Buku panduan bersembahyang ada ada dalam pasaran penuh dengan tulisan Arab.

Kedua, buku-buku panduan bersembahyang konvensional terus memberikan model sembahyang yang sempurna, lengkap dengan segala bacaan sunat-sunatnya. Ini menggerunkan pembaca yang baru hendak belajar sembahyang.

Ustaz-ustaz tradisional, apabila mereka menulis buku-buku agama, seringkali sahaja mereka mengukur baju di badan mereka sendiri.

Ustaz-ustaz itu membayangkan orang yang membaca bukunya adalah orang yang serupa dengan diri mereka sendiri. Kalau mereka tahu membaca huruf Arab, mereka bayangkan pembaca juga tahu membaca huruf Arab.

Jadi, hasilnya mereka menulis buku-buku panduan ibadah untuk kelompok orang-orang yang macam diri mereka sendiri. Istilahnya, buku-buku agama yang mereka tulis itu bersifat eksklusif, hanya dapat dibaca dan dimanfaatkan sesama mereka.

Siapakah yang patut menulis buku-buku panduan sembahyang untuk kumpulan target seperti mereka yang baru masuk Islam dan Islam keturunan? Ustaz-ustaz ataupun orang biasa? Ataupun ditulis oleh orang biasa lalu disemak oleh ustaz?

Topik diskusi hari ini: Apakah yang patut dituliskan dalam buku panduan sembahyang bagi mualaf yang masuk Islam sebab dia akan berkahwin dengan gadis Melayu, yang agamanya juga cuma sedikit lebih baik daripada agama bakal suaminya?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kesan Tulisan Arab dalam Buku Agama ke atas Minda Pembaca Beginner Previous entry: Buku Agama untuk Pembaca Beginner: Isu Perkataan Pinjaman Arab
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/29  at  02:58 PM

Saya juga masih belajar.  Buku panduan sembahyang sebaiknya letak gambar. Langkah demi langkah setiap pergerakan dan penerangan.  Balik nanti saya bincang dengan ustaz sebelah rumah tempat saya mengaji.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/29  at  03:21 PM

Assalamualaikum wm.

Saya mencadangkan buku yang berbentuk ‘HOW-TO’ ... dalam ertikata lain ‘saya tunjukkan” bukan ‘saya kata’ sepertimana kandungan yang terdapat dalam kebanyakan buku agama.

Wallahu’alam.

Amir EtCetera  on  03/29  at  03:24 PM

Secara am, buku-buku panduan agama ditulis tanpa mengambil kira pendekatan psikologi dalam mendidik orang awam.

Saya setuju kebanyakan buku agama lama ditulis seperti mengukur baju di badan sendiri.

Namun, zaman berubah, cara penerimaan juga berubah. Saya pasti pendekatan dalam penulisan buku-buku agama perlukan perubahan mengikut peredaran zaman.

Pendekatan yang berubah.. bukan Nilai.

Web Sutera  on  03/30  at  08:32 AM

Puan Sifu,

Cadangan saya:

1) Orang biasa tulis buku cara-cara sembahnyang, kemudian di semak oleh ustaz

2) Perkara utama sah solat ialah rukun.

Jadi buku ini MESTI tekankan kepada rukun solat. Perkara sunat, seperti lafaz dalam bahasa Arab, tidak perlu ditekankan sangat.

Utamakan gerak-gerak rukun dan ayat-ayat rukun dalam solat.

Perkara sunat boleh dimasukkan, tetapi pastikan kita nyatakan dalam buku tersebut bahawa ianya tidak perlu jika tidak boleh (buat sementara waktu).

Selepas itu mungkin boleh diterbitkan suatu buku panduan solat ‘advance’ pula sebagai sambungan dari buku pertama.

Hanya Tuhan yang Maha Tahu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/30  at  10:02 PM

Saya fikir supaya lebih berkesan ilmu sembahyang yang hendak disampaikan itu perlu ada audio video (dalam bentuk cd) yang lebih praktikal.

Ini kerana, sembahyang lebih kepada pergerakan fizikal. Orang yang baru hendak sembahyang lebih mudah melihat secara praktikal.

Sementara maklumat yang bentuk cetak sebagai satu bantuan sampingan.

Bolehlah antara mentee sifu jadi pelakon utama. (tersenyum - banyak calon yang layak!)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/31  at  05:20 PM

Saya rasa, ramai yang menyangka, sembahyang itu semata-mata satu ritual yang dilaksanakan oleh umat Islam kerana ia salah satu rukunnya.

Namun, berdasarkan pengalaman sendiri, saya rasa yang penting diketengahkan dalam buku pengenalan sembahyang adalah hikmahnya. Dalam kata lain, the beauty of solat, hubungan langsung yang kita nikmati dengan yang Maha Esa melaluinya dan bukan sekadar ritual yang dilaksanakan kerana terpaksa. Setelah itu barulah diterangkan kaedahnya.

Yang paling penting di sini, saya kira adalah maksud zikir yang kita ungkapkan dalam sembahyang itu sendiri, dan keistimewaan setiap zikir tersebut.

Moga-moga penerangan seperti ini dapat merangsang minat mereka yang mungkin memeluk Islam pada mulanya atas dasar memenuhi syarat untuk menikah menjadi sesuatu yang lebih mendalam, iaitu, mencari keindahan Islam itu sendiri.

Lalu moga-moga mungkin kita dapat perubahan dari segi Inside Out.

Wallahu a’lam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/08  at  12:45 AM

Puan Sifu yang dihormati,

Setelah berbincang dengan suami, kami cadangkan buku panduan ini menceritakan kesan dan kelebihan sembahyang kepada individu daripada perspektif kesihatan, perubatan, senaman, pemikiran dan tingkah laku, kebersihan, pengurusan (diri & masa) dan lain-lain.

Sembahyang bukan untuk berjaya di akhirat sahaja, tetapi untuk kejayaan di dunia juga, seperti baris seruan azan - “Marilah menuju kejayaan”

Bercakap pasal azan, elok juga dimuatkan satu bab khusus mengenai panggilan azan. Azan didengar di TV, bunyinya indah tetapi ramai kurang jelas apakah sebenarnya azan. Boleh diceritakan sejarah azan (bila & siapa mengazankannya buat kali pertama),juga terjemahan makna untuk setiap baris panggilan azan.

Semoga idea ini boleh membantu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: