Siapa Pembaca Sastera Remaja Teen-Lit
Puan Ain Maisarah, penulis novel-novel teen-lit PTS yang paling ngetop pernah membuat kajian rambang tabiat membeli dan membaca novel-novel terbitan PTS ONE.
Dalam kajian beliau itu, beliau meminta peminat-peminatnya menuliskan tajuk-tajuk novel PTS yang ada dalam koleksi peribadi mereka. Baca klik di sini bagi mengetahui tabiat 60 orang responden yang mengambil bahagian dalam kajian itu.
Daripada data yang diperoleh itu beberapa kesimpulan am dapat dibuat:
(i) Cerita-cerita tentang alam sekolah menengah dibaca oleh gadis-gadis remaja antara usia 10 - 15 tahun.
(ii) Responden mempunyai tabiat membuat koleksi novel-novel yang mereka baca.
(iii) Sebahagian responden berkongsi membeli dan membaca novel-novel itu dengan kawan-kawan karib mereka di sekolah.
(iv) Majoriti responden gemar membeli novel-novel yang bersiri.
Daripada maklumat itu para penulis novel remaja dapat merancang tema-tema yang menepati citarasa pembeli dan pembaca.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment