Siapa Pembayar Royalti Paling Baik
Berdasarkan maklumat yang kita ada, penerbit yang paling berdisiplin membayar royalti pengarang-pengarangnya adalah ALAF21.
ALAF21 bukan hanya mengira dengan tepat jumlah royalti itu, malah syarikat tersebut membayar royalti 4 kali setahun. Tidak ada mana-mana penerbit lain, tidak juga DBP, memiliki kecekapan seperti itu.
Jadi, tidak hairanlah ALAF21 menjadi pilihan pertama semua penulis novel cinta.
Faktor yang membolehkan jabatan kewangan ALAF21 mencapai tahap kecekapan itu adalah cara bisnes ALAF21.
ALAF21 menjual novel-novel terbitannya secara tunai kepada pengedar dan kedai-kedai buku - macam kedai runcit! Tidak ada sistem hutang. Novel keluar, duit tunai masuk.
Jadi, bagi setiap naskhah yang keluar dari setor ALAF21, tidak ada yang 'return'. Jadi, buku akaun ALAF21 memang cantik, memang kemas.
ALAF21 juga mewajibkan para pengedarnya meletakkan wang cagaran tunai yang tinggi ke dalam akaun bank ALAF21. Pengurusan risiko seperti ini adalah amat bagus, sebab kalau pengedar tidak bayar hutang, wang cagarannya akan didebit.
Jadi, dalam sistem ALAF21 tidak ada risiko hutang lapuk, risiko buku return, ataupun risiko ditipu pengedar. Inilah faktor yang membolehkan ALAF21 membayar royalti dengan amat cekap.
Tidak ada penerbit lain di bumi Malaysia ini yang mampu buat bisnes cara ALAF21. DAWAMA-DBP pun tidak. PTS pun tidak.
Semua penerbit lain di Malaysia berniaga dengan memberikan kredit kepada pengedar, kedai-kedai buku dan agen-agennya.
Berniaga dengan cara kredit menyebabkan buku akaun penerbit tidak kemas. Ia comot - sebab ada rekod buku keluar setor, ada rekod jualan, ada rekod kutipan hutang, ada rekod hutang lapuk, ada rekod buku return, ada rekod buku rosak, ada rekod buku promosi, dan entah apa-apa lagi rekod...
Inilah faktor yang menyebabkan sistem pengiraan royalti menjadi rumit. Tetapi sistem kredit begini amat disukai oleh pengedar, kedai buku dan agen-agen... sebab buku-buku yang tidak laku dapat mereka pulangkan ke setor penerbit.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tetapi sebulan selepas artikel diterbitkan di majalah DBP, InsyaAllah honorarium sudah diberikan kepada penulis. Hehe…
——-
Nampaknya ALAF21 berani bertegas begitu kerana mereka yakin dengan kualiti dan jualan buku-buku mereka. Kalau pengedar enggan menurutinya maka mereka juga yang rugi apabila buku-buku tersebut laris dalam pasaran dan diedarkan oleh saingan mereka.
Mungkin apabila PTS punya kekuatan sebegitu maka PTS juga boleh melakukan perkara yang serupa bagi mengurangkan risiko-risiko seperti yang telah dinyatakan di atas.
Dr. Tengku,
Setiap sistem ada kelebihan dan kelemahannya. Ada sistem yang amat bagus untuk jangka masa pendek sahaja, ada yang bagus untuk jangka masa panjang sahaja. Jadi, bagi orang bisnes, kita tengok sini, tengok sana, kita pilih sistem yang semua pihak dapat terima dan mereka suka buat bisnes dengan kita.
Betul apa yang Puan Sifu tulis itu. Che Nordin pernah menerangkan hal ini kepada semua peserta bengkel penulisannya. Saya salah seorang peserta bengkel itu.
Post a comment