Sunday, March 28, 2010

Siapa Pemilik Karya Biografi Tokoh Terkenal?

Katakanlah tuan dan puan menulis biografi Siti Nurhaliza, dan kemudian biografi itu diterbitkan oleh PTS. Bagimanakah urusan pembayaran royaltinya, yakni, adakah Siti Nurhaliza berhak menuntut sebahagian daripada royalti buku itu?

Hakcipta hanya diberikan kepada ayat-ayat yang tuan tuliskan dalam karya tuan itu. Siapa yang menuliskan ayat-ayat dalam buku itu, dialah yang memiliki hakcipta ke atas ayat-ayat itu.

Apa ertinya ini?

Disebabkan setiap patah ayat dalam biografi Siti Nurhaliza itu ditulis oleh tuan, maka Siti Nurhaliza tidak mempunyai hak ke atas hakcipta buku itu. Dengan itu Siti Nurhaliza tidak berhak meminta sebahagian daripada royalti buku tersebut.

Baik, sekarang kita beralih kepada isu lain.

Katakanlah tuan seorang yang terkenal seperti M. Nasir. Pada suatu hari tuan didatangi oleh seorang penulis yang hendak menuliskan biografi tuan. Bagaimana?

Jika tuan bercakap-cakap sahaja dengan penulis itu, di mana dia bertanya dan tuan menjawab pertanyaannya. Kemudian apa yang tuan ceritakan tentang kisah hidup tuan itu dituliskan dalam bukunya. Adakah tuan berhak menuntut hakcipta dan royalti buku itu?

Jawabnya, TIDAK.

Kalau begitu, bagaimanakah caranya supaya tuan boleh mendapatkan hakcipta dan royalti daripada biografi saudara yang ditulis oleh orang lain?

Jawabnya, buatlah perjanjian bertulis di mana tuan bersetuju menceritakan kisah hidup tuan dengan syarat-syarat yang diperetujui bersama. Selepas perjanjian itu ditandatangani barulah tuan mula bercerita kepada penulis itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Idea Tidak Dilindungi oleh Undang-undang Hakcipta Previous entry: Anggota Gerakan [email protected] Seremban-Kuala Lumpur Menuju ke Pesta Buku 2010
Adnan M  on  03/28  at  09:17 AM

Puan,

Teringat saya ada seseorang yang mengatakan, personaliti yang puan jadikan contoh dalam entri ini menuntut RM20,000 terlebih dahulu sebelum biografi beliau diterbitkan.

kurrrr semanagat….

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.