Tuesday, July 19, 2011

Siapa Sebenarnya Pembeli Buku Sastera Kanak-Kanak

Kejayaan PTS membuka Laut Biru pasaran sastera kanak-kanak dalam Bahasa Melayu kini mendorong lebih banyak penerbit memasuki pasaran ini.

Kanak-kanak pergi ke kedai buku dengan ibu mereka. Buku-buku yang dibaca oleh kanak-kanak dibeli oleh ibu-ibu. Kalau kanak-kanak suka sesuatu buku, kalau ibunya tidak suka, maka buku itu tidak akan dibeli.

Buku yang dibeli oleh si ibu belum tentu si anak mahu membacanya.

Jadi, buku kanak-kanak mesti menarik minat kanak-kanak dan juga minat ibu mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Memperkenalkan Karya Sasterawan Negara kepada Bangsanya Sendiri Previous entry: Strategi PTS bagi Mendapatkan Rak Sendiri Mengambil Masa 8 Tahun
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/20  at  02:04 AM

Baru petang semalam mengunjungi Gramedia The Mines. Gembiranya saya melihat banyak judul-judul baru buku PTS dipamerkan. Rak susunan didalamnya juga sudah berubah. Lebih banyak judul boleh dimuatkan dalam rak. (Tidak seperti sebelum ini).  Kisah Puteri ini juga menarik hati saya petang semalam. Ilustrasinya cantik, berwarna-warni, kualiti kertasnya bagus dan paling penting ‘syariah compalaint’. Syabas dan tahniah PTS, menjadi perintis buku kanak-kanak yang menutup aurat, berkualiti dan bagus sekali. Paling saya suka, perbezaan buku-buku PTS dengan penerbit buku yang lain ialah harganya yang sangat berpatutan, Kualitinya pula tinggi, gambar cantik. Jika melihat kulit hadapan saya menjangkakan buku itu mungkin mencecah RM30 keatas. Sangkaan ini meleset kerana ia hanya berbelas ringgit apabila melihat pelekat harga dibelakang buku. Buku-buku PTS juga tidak dibungkus dengan plastik, jadi pembeli boleh ‘review’ secara ringkas bab dan isi kandungan didalamnya sekaligus akan 80%  membelinya juga. (Jika buku tersebut menarik, tetapi dibungkus dan tidak boleh dibuka, pembeli kemungkinan besar tidak akan jadi membelinya atas dasar tiada faktor psikologi, apatah lagi jika tulisan pada ‘blurp’nya kurang menarik). Tahniah PTS, ini baru betul-betul buku!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.