Siapa Sediakan Ilustrasi Buku
Nota: Entri ini ditulis untuk penulis yang belum tahu cara kerja jabatan editorial di PTS.
Banyak buku menggunakan banyak ilustrasi. Sebagai contoh buku-buku untuk bacaan kanak-kanak menggunakan banyak lukisan, lebih cantik lukisan itu, lebih laku jualan buku itu.
Bagi buku kreatif, seperti novel remaja dan dewasa, editor menentukan konsep ilustrasi bagi buku-buku itu, termasuklah konsep kulit buku.
Buku-buku akademik juga menggunakan ilustrasi seperti carta, peta, graf, gambar foto, rajah dan lain-lain.
Bagi buku-buku akademik dan profesional, pengarang mesti membekalkan contoh bahan-bahan ilustrasi itu, kemudian editor bertanggungjawab menghasilkan semula bahan-bahan itu supaya sesuai dengan konsep buku, dan tidak melanggar undang-undang hakcipta.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum warahmatullah,
Puan Sifu,
Benarkah pendapat saya kanak-kanak selalunya lebih suka membaca lukisan dari membaca tulisan? Teristimewa dalam sebuah ilustrasi yang lengkap dan menarik.
Bagi remaja pula perlu juga ilustrasi, sekadar untuk berehat sebentar dalam pembacaannya. Walaupun dua warna sahaja.
Buku-buku akademik pula lebih terperinci pada bidangnya.
Melalui seorang kawan wartawan, saya pernah bertemu seorang yang terkenal dan merancang membuat buku mengenainya. Katanya dia juga sedang menulis buku tentang dirinya dengan sebuah penerbitan.
Saya beralih pada seorang tukang jahit yang terkenal tetapi usaha itu gagal juga. Mungkin saya tidak cukup ilmu untuk mencakupi tugasan yang diberi.
Syarikat penerbitan tempat saya bekerja itu juga hanya syarikat kecil dan banyak buku-buku bertimbun dalam stor yang tidak terjual.
Dari sini saya harap Puan Sifu dapat menerangkan apa masalah yang sebenarnya sedang berlaku..
——-
Sdr Duyung,
Bagi menerangkan punca buku bertimbun dalam setor majikan sdr, bolehkah saya tahu apakah jenis buku-buku itu?
Puan Sifu,
Saya tidak menyelongkar semuanya, hanya melihat bahagian atas. Kelihatannya seperti buku novel kanak-kanak dan buku-buku agama. Saya minta maaf tidak berapa ingat semuanya kerana ini berlaku pada tahun 1992.
Post a comment