Sunday, May 20, 2007

Siapa Setuju dengan Rayuan Ini?

Assalamulaikum Puan Sifu yang amat dihormati dan dikasihi, semoga senantiasa berada dalam keadaan ceria disamping tugas-tugas harian dan keluarga tersayang.

Saya memohon dan merayu kepada puan untuk menimbangkan semula tarikh tersebut.

Saya amat berbesar hati jika Puan sudi untuk menukarkan kursus pada 17 haribulan ke 16 haribulan dan sebaliknya.

Saya teramat dahagakan ilmu daripada Puan Sifu, bantulah saya, saya benar-benar ketagih.

Saya tidak dapat menjayakan program saya (di UIA) pada pagi 16 Jun dengan tenteram, kerana sudah pasti saya akan terfikirkan tentang kehilangan ilmu yang teramat agung itu.

Saya amat menjanjung ilmu yang ada pada puan. Jangan hampakan harapan, hanya puan satu-satunya yang mampu membantu saya ketika ini.

"Ya Allah bukalah hati Sifuku ini, agar mendengar rintihan kalbuku, Amin!"

Puan, untuk mengelakkan saya dari terus-menerus merayu, saya mengharapkan puan dapat tetapkan hari untuk semua kursus puan sekurang-kurangnya sebulan akan datang supaya senang untuk saya menetapkan tarikh untuk program saya bersama klien.

Alangkah indahnya jika saya dapat memiliki nombor telefon bimbit Sifuku....

Terima Kasih, Puan.

Shamsuddin Abdul Kadir,
Penulis Buku Hutang.
013 3060 529

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Jadual Kursus
(16) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hakcipta Karya Buruk Previous entry: Perangkap 80 – 20
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  10:41 AM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Saya menyokong 100% demi kesejahteraan para penulis yang sememangnya dahagakan ilmu para alim.

Saya juga bersetuju dengan cadangan En. Shamsuddin supaya puan tetapkan jadual kelas puan sebulan lebih awal, supaya kami dapat merancangkan aktiviti harian supaya tidak bersimbung dengan kuliah ilmu yang teramat agung itu.

Nor’Aini Mohamed Noor
.(JavaScript must be enabled to view this email address)

P/S : Alim tidak semestinya digunakan untuk pemilik ilmu akhirat. Asalkan ilmu itu yang akan disampaikan adalah ilmu berguna dan dapat memberikan manfaat kepada semua umat.
——-

MBA  on  05/23  at  12:15 PM

Assalamualaikum;

Sebelum saya dapat memberikan persetujuan mengenai rayuan ini, saya perlu faham apakah sebenarnya yang dirayu. Saya tidak faham apakah rayuan yang dibuat. Saya tahu ada cadangan kursus pada hari Ahad 17 Jun. Si perayu memohon supaya kursus 17 jun ditukar ke 16 Jun dan sebaliknya. Apakah kursus yang dirancang untuk diadakan pada 16 Jun?.

Lebih membingunkan saya ialah, saudara perayu ada program di UIA pada 16 Jun, sedangkan bengkel asal UNIKA ialah pada 17 Jun. Jadi apakah masalah sebenarnya mengenai perkara ini.

Memandangkan saya tidak faham duduk perkara, maka saya tidak menyokong rayuan ini. Walau bagaimanapun saya sedar bahawa undi saya tidak diperlukan dalam menukar jadual bengkel yang telah dicadangkan.

Saya berpendapat, murid yang ingin belajar (seperti saya), perlulah mengikut kesediaan dan masa guru, bukan murid yang menentukan tarikhnya. Orang tua-tua kata tidak berkat nanti. Jika hendak diikutkan hati, saya ingin diadakan kelas malam, sebab pada waktu siang, saya perlu hadir program lain yang telah ditetapkan oleh majikan saya.

Seperkara lagi, bengkel-bengkel yang dianjurkan oleh PTS bukanlah sekali ini sahaja, insyaallah akan ada bengkel lain pada tarikh lain nanti.

Sekian, wassalam.

Nota Sifu:
Jadual sekarang adalah:
16 Jun - bengkel untuk mereka yang hendak jadi Trainer.
17 Jun - bengkel merekodkan maklumat untuk menulis jibunsyi orang lain.

En. Shamsuddin merayu tarikh2 itu diterbalikkan sebab pada 16 Jun beliau diundang berceramah di UIA. Beliau bercita-cita menjadi Trainer! Sifu no problem, tetapi sebab ini melibatkan mentee2, maka kita tanyalah mentee2.

Zamri Mohamad  on  05/23  at  12:52 PM

Tuan Shamsuddin baru menghubungi saya tadi melalui telefon berkenaan perkara ini.

Dari emel ini, apa yang beliau ingin sampaikan ialah begini.

Bengkel pada 16 Jun iaitu bengkel training untuk penulis PTS dianjakkan pada tarikh lain kerana beliau mempunyai program di UIA pada hari yang sama.

Beliau mencadangkan bengkel 16 haribulan tersebut dianjakkan ke 17 Jun.

Kedua,

Bengkel Jibunsyi pada 17 Jun dianjakkan pada tarikh lain dan bengkel yang sepatutnya pada 16 Jun dibawa pada tarikh tersebut.

Beliau hendak hadir kedua-dua bengkel.

Keputusan saya: demi Kemashalatan bersama dan win-win situation, saya bersetuju smile

Puan ini memang rayuan hehehe.

ZAMRI MOHAMAD

MBA  on  05/23  at  01:03 PM

Oh begitu rupanya rayuan yang dimaksudkan;

Adakah kerana seorang mentee tidak dapat hadir kursus, maka tarikh kursus perlu dipinda dan yang lebih malang lagi perlu ditunda?

Rayuan sebegini sangat tidak berasas, tidak munasabah dan akan membebankan insan lain.

p.s. Saya tidak perlu membuat rayuan supaya bengkel 27 Mei dipinda atau diubah semata-mata kerana saya sangat berminat untuk hadir, tetapi tidak dapat berbuat demikian. :-(

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  01:33 PM

Mungkin kita boleh buat undi majoriti…. Siapa setuju siapa tidak setuju..

MBA  on  05/23  at  01:49 PM

Saya serahkan kepada Sifu sahaja untuk membuat keputusan, sebabnya:-

1. Aspek moral: Rayuan ini tidak munasabah dan perlu ditolak

2. Aspek busines: Sifu mungkin tahu bahawa si perayu mempunyai potensi untuk menulis 15 buku untuk PTS.

grin

Amin Idris  on  05/23  at  02:35 PM

Saya tiada masalah dengan cadangan tersebut; Bengkel untuk trainer pada 16hb dianjak pada 17 Jun.

Amin Idris
017-237 5242

Fadzli Yusof  on  05/23  at  02:44 PM

Saya amat bersetuju dengan cadangan Sdr Shamsuddin, kerana pada 16 Jun saya juga perlu mengendalikan program lain (Sdr Amin, bukankah kita ada program di SMKPW?)

Sokong 17 Jun 2007!

Penulis buku 555
0133511351

Buku 555? Bukankah itu kad kredit pertama di Tanah Melayu?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/23  at  06:07 PM

Assalamualaikum warahmatullah,

Saya tidak keberatan sekiranya “Bengkel Merekodkan Maklumat Untuk Menulis Jibunsyi Orang Lain” dianjak ke minggu berikutnya (24 Jun). Kesihan pula pada saudara kita yang dahagakan ilmu….

Asalkan tidak terlajak ke bulan Julai. Saya terpaksa terbang semula ke Manchester pada 2 Julai.

Bulan Oktober baru boleh ikut serta berbengkel semula, tetapi sudah tentu kita sudah mula berpuasa dalam bulan Ramadan dan sudah hampir benar dengan Aidi Fitri. Adakah bengkel masih berjalan nanti?

Wasalam.

Kang  on  05/23  at  06:27 PM

Saya amat menyokong pendapat MBA yang matang dan tepat. Dalam satu kelas ada 30—40 dan mereka telah membuat perancangan awal. Adakah kerana keperluan 1 orang (atau mungkin 2 yang menyokongnya) terpaksa ditangguhkan keperluan 30—40 orang lain?

Dahagakan ilmu? Bagaimana dengan 30—40 yang lain itu? Mereka juga dahagakan ilmu. Penting? 30—40 yang lain itu lebih penting dari segi majoriti.

Razzi Armansur
(Penulis buku berdasarkan fakta bukan dengar-dengar)

Datuk Sheikh Alang Kelana Al-Fulijami  on  05/23  at  06:54 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Saya setuju dengan hujah Tuan MBA…tetapi pada masa yang sama saya setuju agar bengkel 16/7 dianjak ke 17/7 dan yang 17/7 dianjak ke tarikh lain.

Nzshima  on  05/23  at  06:56 PM

Saya cadangkan Sifu buat bengkel ulangan untuk kedua-dua bengkel pada 16 & 17 Jun serta masih mengekalkan<strong> tarikh bengkel yang sedia ada.

Sheikh Alang Kelana Al-Fulijami  on  05/23  at  07:08 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Saya setuju cadangan Puan Nzshima.

MBA  on  05/23  at  08:16 PM

Sifu;

Kursus.
Kursus juga.
Bengkel.
Bengkel juga.
Mentor berceramah.
Mentee (atau porteje?) angguk-angguk.
Bukan tanda faham, tapi mengantuk.
Hampir terlentok.

Hasilnya mana?
Mana bukunya?

Sifu: Sediakan akujanji
Buku tersedia di akhir kelas ketiga.
Jangan depa ni mengada-ngada
Asyik-asyik minta pinda.

(ha ha ha harap tidak ada yang marah.
Ia tidak ditujukan kepada sesiapa.
Saja suka-suka)

Pantun
Pantun juga.

Puisi
Puisi juga.

Mana buku?

MBA  on  05/23  at  08:50 PM

dua tiga anjing bisu berlari
manakan sama kucing kurap
saya janji 30 hari!
selepas surat/mel kudapat

sedap sungguh makan mee
sedap lagi jika ada udang
makan bersama bersuap-suap
proposal sudah dihantar 5 Mei
5 Jun akan saya buat ulangan
6 Julai insyaallah siap

p.s
Pantun enam kerat telah dijual
Sifu pula janganlah mual

wink

Ada kaki ada taji,
Ayam raja, buat hidangan.
Orang lelaki pandai berjanji.
Dengar sahaja, harap jangan!

Sheikh Alang Kelana Al-Fulijami  on  05/24  at  06:43 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

“Ada kaki ada taji,
Ayam raja, buat hidangan.
Orang lelaki pandai berjanji.
Dengar sahaja, harap jangan!”

Pantun ini belum pernah dengar, tetapi cerita tentang janji macam biasa dengar… smile

Sheikh, itu pantun ciptaan original!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: