Siapa Tiup Wisel di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)
Bagimanakah akhbar Berita Harian berjaya mendapatkan maklumat skandal bahawa karya Sasterawan Negara (SN) tidak diterima buat teks komponen sastera (KOMSAS)?
Siapakah yang memecahkan maklumat yang masih rahsia itu?
Inilah teka-teki yang sedang menjadi perbualan hangat di kalangan semua pihak sekarang, baik di kalangan penerbit, mahupun komuniti penulis, apatah lagi di kalangan para SN sendiri.
Menurut analisis seorang rakan penerbit, "Ada 2 kemungkinan: Satu, kalau peniup wisel itu bukan staf PPK sendiri yang menghubungi wartawan Berita Harian, orang itu adalah salah seorang ahli jawatankuasa pemilihan teks itu sendiri. Yang pasti, orang itu amat tidak setuju dengan politik duit yang besar kemungkinan sedang diamalkan oleh pihak-pihak tertentu dalam projek KOMSAS. Lalu sang peniup wisel itupun menghubungi akhbar dengan harapan reaksi public-outcry orang ramai dapat memaksa PPK menyemak semula keputusan yang sudah dibuat tetapi belum diumumkan itu."
Tuhan jualah yang maha mengetahui.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment