Sifu Baca Buku Apa Sekarang
Tariq Ramadan adalah cucu sebelah ibu kepada al-Syahid Hassan al-Banna, pendiri pergerakan Ikhwan Muslimin.
Buku ini dibeli di Kinokuniya pada harga RM87.40. Ini adalah buku terbaru Tariq.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum YTH Puanku,
Saya belum lagi baca mana mana buku Tariq Ramadan. Yang saya pernah baca ialah tentang beberapa forum dikalangan intelektual Barat yang berusaha membuat pilihan antara dua protagonis yang membawa mesej Islam di Eropah yakni antara Tariq Ramadan dan yang murtad - Aryan Hirsi Ali (Barat melihat wanita ini sebagai suara vokal pembebas wanita Islam). Tariq membawakan Islam yang mampu berdiri di mana saja temasuk Eropah kerana beliau lebih banyak menyedut hawa Eropah dan membelasah regim regim represif negara Islam, sementara Aryan di sokong Barat kerana sebagai X-muslim, mungkin mereka beranggapan suaranya boleh dieksploit untuk melemahkan Islam. Cuma modal Barat untuk menenggelamkan Tariq Ramadan bukan dengan melawan hujahnya tetapi dengan ad hominem mengaitkan keturunannya al-Syahid Hassan al-Banna dengan gerakan pelampau. Mujurlah ada juga intelektual Barat yang berakal dan berhujah mengatakan Aryaan itu sudah murtad dan tidak lagi layak bercakap mengenai Islam.
Post a comment