Friday, March 07, 2008

Sifu Gagal Menonton Filem “Ayat-ayat Cinta”

Sewaktu mengunjungi Pesta Buku Islam Jakarta 2008 lalu, penerbangan pulang jam 8 malam, jadi ada banyak masa lalu delegasi PTS merancang menonton filem "Ayat-ayat Cinta" di bioskop yang amat berhampiran dengan hotel kami.

Apabila kami tiba di bioskop yang terletak dalam sebuah shopping complex, semua tiket sudah habis terjual.

Daripada laporan pemandu teksi yang membawa kami ke lapangan terbang Soekarno-Hatta,  beliau memberitahu beliau banyak kali menghantar dan membawa pulang 'ibu-ibu rumahtangga' yang pergi menonton filem itu, dan mereka semua keluar bioskop dengan mata merah kerana banyak menangis.

Filem itu sudah beberapa lama ditayangkan, namun bioskop sentiasa penuh.

Menurut pengurus besar marketing di PT Republika, penerbit novel "Ayat-ayat Cinta", semenjak filem itu ditayangkan, penjualan novelnya naik semula antara 50 - 60 ribu naskhah sebulan. 

Nota: Filem AAC itu diarahkan oleh pengarah dari Bollywood, India. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(13) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lagi Peluang Training Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Buku Agama dan Kedudukan Malaysia sebagai Pengimpot Terbesar Harta Intelek Curi
mohamadkholid  on  03/07  at  03:19 PM

Ketika novel ini meletup, saya membelinya. Seorang kawan saya berkata, “sah, orang agamawan juga kecanduan novel cinta.  Dan untuk menjaga kredibeliti, tak mungkin membaca@membeli novel cinta di pasaran dengan kulitnya gambar perempuan.  Jadi novel cinta seperti inilah penyelesaiannya untuk memenuhi kehendak jiwa.”  Saya tak ingin mengulas pandangan itu, tetapi pada saya plotnya novel ini masih lagi plot cinta popular cuma diislamikan penyampaiannya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/07  at  03:44 PM

Tuan Kholid,

Hahaha! Saya bayangkan bagaimana takjub dan indahnya percintaan golongan yang termasuk dalam kelompok agamawan.

Kita yang bukan agamawan ini hanya mengenali percintaan versi rendah -  versi yang dicemari oleh pengaruh konsep-konsep ‘love’. Versi cinta Nepoleon kepada Josephine.

Teringat pula akan kisah percintaan kedua orang tua Sheikh Kadir Jailani. Cerita penjaga kebun epal yang dipaksa berkahwin dengan perempuan buta, pekak, bisu dan kudung kaki…

Riduan Khairi  on  03/07  at  04:42 PM

Salam. Saya ingin mencelah.

“Teringat pula akan kisah percintaan kedua orang tua Sheikh Kadir Jailani. Cerita penjaga kebun epal yang dipaksa berkahwin dengan perempuan buta, pekak, bisu dan kudung kaki…”

Sheikh Kadir Jailani itu orang soleh. Tentu ibu dan bapanya bersungguh-sungguh membentuk peribadi mulia mendapatkan anak sebaik Sheikh Kadir Jailani.

Tapi Puan Sifu yang saya sayangi, ada orang kata cerita kebun epal itu bukan cerita Sheikh Kadir Jailani, tetapi kisah ibu bapa Imam Syafie. Ada orang kata begitu.

Dan menurut Mufti Perlis kita itu, setelah disemak dalam kitab-kitab sejarah, cerita ini tiada bersumber. Hanya cerita dari mulut ke mulut yang tiada ber’asal’.

Berbalik kepada Ayat-ayat Cinta. Saya sudah baca. Menarik. Baik. Banyak info. Tapi(pada saya) ‘forgetable’.

Abdul Latip  on  03/07  at  09:59 PM

Assalamualaikum,

Saya ingin bercerita mengenai kisah Syekh Abdul Qadir Jailani ini. Beliau benar-benar wujud dan kisahnya memang popular di kalangan umat Islam seluruh dunia. Lebih-lebih lagi di kalangan ahli-ahli tasauf.

Keadaan umat Islam pada kurun yang ke 11 dahulu amatlah mendukacitakan. Tetapi Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang telah melahirkan seorang walinya yang paling agung dan masyhur bernama Syeikh Abdul Qadir Jailani.

Tanda-tanda kelahirannya telah dapat diketahui oleh beberapa orang ulamak pada masa itu antaranya Syeikh Abu Bakar Huari yang mengatakan kepada anak-anak muridnya bahawa akan lahir seorang wali Allha yang agung di Ajam (bukan Arab).

Seorang lagi ulamak Syeikh Ahmad Abdullah Ahmad juga pernah mengatakan tidak lama lagi akan lahir seorang bayi di Ajam dan beliau mempunyai banyak keramat dan pangkat beliau akan menjadi ketua segala wali-wali.

Telahan itu benar-benar terjadi. Di suatu pekan kecil bernama Jilan atau Gilan di negeri Parsi tinggal seorang pemuda yang alim bernama Abu Solah Jangi Dost keturunan dari Imam Hasan (cucu Rasulullah).

Pada suatu hari beliau sedang duduk di tepi sungai ternampak sebiji epal yang sedang dihanyutkan air. Kerana berasa lapar beliau telah mengambil epal lalu memakannya. Kemudian hatinya bertanya, siapakah tuan punya buah epal itu? Dia berasa bersalah kerana memakan buah itu tanpa izin dari tuannya. Lantas di carinya lalu terjumpa sebuah dusun epal di tepi sungai itu. Dia mencari tuan punya kebun itu untuk memohon dihalalkan buah epal yang telah di makannya.

Tuan punya kebun epel itu bernama Abdullah Saumai juga seorang alim Dia tahu pemuda itu seorang yang soleh lalu berkata dia boleh memafkan dengan syarat bekerja di kebunnya tanpa gaji selama dua belas tahun dan berkahwin dengan anak gadisnya yang kudung tangan dan kakinya, buta matanya, bisu dan pekak. Abu Soleh menerimanya dengan reda.
Selepas diijabkabulkan Abu Soleh terperanjat kerana isterinya seorang yang cantik, cukup anggota kaki dan tangannya, tidak pekak dan tidak bisu. Abu Soleh lantas bertanya kepada bapa mertuanya lalu dikatakan maksud matanya buta itu kerana tidak pernah melihat perkara maksiat, maksud mulutnya bisu kerana tidak pernah mengumpat, maksud telinganya pekak kerana tidak mahu mendengar cakap yang sia-sia. Maksud kakinya kudung kerana tidak pernah pergi ke tempat maksiat. Maksud tangannya kudung kerana tidak pernah mengambil hak orang.

Dari perkahwinan pemuda yang soleh dengan wanita yang solehah inilah lahirnya Syekh Abdul Qadir Jailani.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/07  at  10:40 PM

Assalamu’alaikum! Semoga ALLAH rahmati Sifu selalu.

Puan Ainon, semoga ALLAH sentiasa kurniakan kesihatan yang baik untuk terus beriman dan beramal.

Saya selalu terpandang kulit buku ‘Ayat-ayat Cinta’ versi Bahasa Melayu tetapi belum pernah membacanya. Saya pernah membaca novel terbitan PTS ‘Curahan Cinta Niagara’. Bagus jalan ceritanya.

Baru-baru ini salah seorang pelajar dari Indonesia PhD di bawah seliaan saya meletakkan status di ‘Yahoo Messenger’ nya: ‘Ayat-ayat Cinta- So Sad’. Lantas tanpa membuang masa, Penyelianya ini pun cepat-cepat bertanya. Tidak sabar menanti hari esoknya untuk tonton.

Namun begitu, 2 hari berikutnya baru saya ada rezeki untuk tonton filem Ayat-Ayat Cinta. Pada awal jalan ceritanya, saya agak kecewa. Saya rasa saya tidak suka menontonnya sebab ramai sangat gadis yang tergila-gilakan seorang lelaki. Saya juga tidak beberapa berkenan dengan watak/sikap Fahri sewaktu mengambil keputusan untuk menyatakan ‘Ya’ untuk berkahwin dengan ‘heroin’ dalam filem tersebut. Tidak ingat pula siapa namanya.

Ada beberapa hal lagi yang saya tidak berkenan, namun babak Fahri dipenjarakan kerana difitnah nampaknya mengikut Teknik Surah Yusuf. Watak utamanya lelaki, juga mengikut Teknik Surah Yusuf. Itu kelebihan AAC ‘The Movie’.

Juga watak isteri Fahri menunjukkan watak yang harus dipuji. Filem ini juga menunjukkan realiti hati dan perasaan wanita yang bermadu.

Apa apa yang saya tulis ini merupakan pendapat saya sahaja. Apabila saya tulis dalam perenggan keempat

“Saya rasa saya tidak suka menontonnya sebab ramai sangat gadis yang tergila-gilakan seorang lelaki.”

bukanlkah bermakna yang saya tidak sukakan watak Fahri yang berilmu dan suka memperjuangkan Islam, namun yang saya tidak beberapa suka ialah jalan ceritanya lebih baik sekiranya watak-watak wanita yang kecewa kerana tidak dapat berkahwin dengan Fahri itu menunjukkan sikap yang lebih tabah dan redha dengan kletentuan ALLAH.

Sekali lagi, ini hanyalah sekadar luahan rasa dan pendapat saya berdasarkan pengalaman-pengalaman hidup saya selama 30 ++ di dunia ini. smile

Sekian sahaj Sifu, mmg selepas sahaja saya menonton filem AAC saya memang terbayang-bayang menaip email kepada SIfu. Cuma tidak berkesempatan. Sehinggalah hari ini, terus menaip sebaik sahaja membaca entri Sifu tentang AAC.


Sekiajn dahulu

Wassalamu’alaikum!

Noorminshah

Riduan Khairi  on  03/07  at  10:48 PM

Salam. Terima kasih banyak-banyak Pak Latip.

Saya hanya menukilkan apa yang diceritakan oleh Tuan Mufti tersebut dari satu siri kuliahnya. Yang dibincangkan bukan kewujudan atau kesolehannya. Sebab kita sepakat akan wujud dan solehnya Sheikh Abdul Kadir Jailani.

Yang dibincangkan ialah kisah kebun epal. Pertama ianya tidak dapat digali dari mana sumbernya yang boleh dipertanggungjawabkan.

Yang keduanya ianya menyanggahi sunnah nabi dalam memilih jodoh. Kerana nabi sendiri menyuruh calon suami melihat calon isteri sebelum menikah.

Dan saya berpegang, kerana nabi menyuruh begitu maka itulah yang terbaik untuk ummat.

Sekali lagi Pak Latip yang saya kagumi, saya hanya menukil pandangan Tuan Mufti dan tidak lebih dari itu.

Allah jua yang Maha Mengetahui.

Abdul Latip  on  03/07  at  11:45 PM

Saudara Riduan Hairi,

Saya pula menceritakannya dari buku-buku rujukan saya.

Saya percaya dengan kisah kebun epal dan pemuda Soleh yang dikahwinkan dengan gadis yang kononnya pekak, kudung, bisu dan buta itu.

Saya merujuk buku Kisah hidup Syeikh Abduk Qadir Jailani yang asalnya ditulis dalam bahasa Parsi, (negeri tempat Syeikh Abdul Qadir al Jailani dilahirkan) kemudian di terjemahkan ke bahasa Urdu, kemudian ke bahasa English dengan tajuk The Saint of Jilan.

Buku kisah Syeikh Abdul Qadir Al jailani ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Abdul Majid bin Haji Khatib diterbitkan oelh Pustaka A,man Press Sdn Bhd tahun 1977.

Menurut kata penterjemah buku ini dia telah menghubungi sendiri Syeikh Muhamad Asyraf di Pakistan bagi menterjemahkan buku itu ke dalam bahasa Melayu.

Adapun nama tuan punya kebun epal itu ialah Abdullah bin Saumai dia memang seorang wali yang terkenal di Jilan atau Gilan sebuah daerah di Parsi.  Beliau dari keturunan Hussain cucu Rasulullah.

Pemuda soleh itu pula bernama Abu Soleh keturunan imam Hassan. Anak Abdullah Saumai itu bernama Ummu Khair Fatimah.

Mengenai cara perkahwinan ayah dan ibu Syeikh Abdul Qadir Jailani itu pada saya bukan satu penipuan tetapi dari kebijaksanaan seorang wali Allah yang bernama Abdullah bin Saumai.

Dia hendak menguji calun menantunya dengan mengatakan mahukah awak bekerja di kebun saya selama 12 tahun tanpa upah. Kemudian berkahwin dengan anak gadis saya yang pekak, kudung dan bisu?. Itu Cuma ujian daripada seorang yang soleh kepada bakal menantunya.  Pemuda yang soleh itu bersetuju kerana itulah syarat buah epal yang dimakannya itu dihalalkan oleh tuan punya kebun itu.

Pengajaran dari kisah ini ialah, wali Allah itu dari keturunan yang baik-baik. Secara logik buah epal yang jatuh ke dalam sungai dan dihanyutkan air apa salahnya dimakan. Tetapi kerana pemuda itu amat alim dia berasa bersalah lalu mencari tuannya bagi meminta maaf…

Secara logik juga tidak perlu Abdullah Saumai mengatakan anaknya buta, kudung bisu dan pekak tetapi inilah antara sifat-sifat wali Allah yang “carik adat.” 
 

Melihat calun isteri sebelum berkahwin bukan satu syarat dalam Islam. (Saya tak terbaca lagi ada hadis Rasulullah saw menyuruh melihat calun isteri)Perkahwinan boleh berlangsung walau tidak melihat muka calun isteri/suami sekiranya kedua pengantin bersetuju. Cuma dibolehkan oleh islam lelaki melihat muka calun isterinya sebelum berkahwin. Dibolehkan bukan satu syarat.

Pada pendapat saya tidak ada salahnya kita percaya kepada kisah kebun epal dan cara perkahwinan pemuda dan pemudi yang soleh itu. Tambahan pula kisah ini mula diceritakan di tempat berlakunya kejadian itu iaitu di Jilan dalam negeri Parsi. Kemudian diterjemahkan ke pelbagai bahasa.

Mengenai kata-kata Mufti Perlis itu, memang tidak ada kisahnya dalam sejarah Islam. Tetapi kisah itu ada ditulis dalam buku riwayat hidup Syeikh Abdul Qadir al Jailani. 

Hanya Allah yang maha mengetahui.

Riduan Khairi  on  03/08  at  01:37 PM

Salam pilihanraya,

Terima kasih Pak Latip atas maklumat dan rujukan yang diberi. Saya amat hargai. Senang sekali berbincang dengan Pak Latip.

Jazakallah.

Aidil Khalid  on  03/08  at  06:27 PM

Saudara/i Noorminshah,

Babak Fahri yang dipenjarakan kerana difitnah, sebenarnya bukanlah mengikut teknik surah Yusuf yang diperkenalkan oleh Puan Ainon. Sebaliknya teknik tersebut dinamakan teknik intertekstual, iaitu ‘meminjam’ sesuatu babak dari sesebuah karya besar yang sememangnya sudah diketahui umum bagi memberikan kesan tambah kepada pembaca.

Novel Ayat-Ayat Cinta tidak ditulis menggunakan teknik Surah Yusuf. Malah setahu saya (setakat yang saya tahulah), belum ada novel yang ditulis menggunakan teknik surah Yusuf yang berjaya mencipta ‘gelombang fenomena’ dalam dunia kesusasteraan tanah air.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/08  at  07:45 PM

surah yusuf hanya menjadi fenomena di PTS sahaja.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/09  at  09:30 AM

Tuan “Surah-surah Yusuf”,

Tujuan kita mengemukakan teori dan teknik surah Yusuf adalah sebagai usaha menjadikan kitab al-Quran sebagai sumber manual bagi pengarang-pengarang kreatif yang mahu menghasilkan karya sastera aliran Islami.

Teori dan teknik surah Yusuf cuba menerangkan ciri-ciri cerita yang indah mengikut ukuran Quran, malah teknik-teknik penceritaan dan gaya bahasanya juga meniru teknik-teknik dan gaya yang ditunjukkan oleh Allah dalam kitab itu.

Justeru teori dan teknik surah Yusuf bukan hanya menerangkan persoalan ‘What is?’  malah ia juga memperincikan ‘How to?’.

Bukanlah tujuan kita mahu mencipta sebarang ‘fenomena’, baik di PTS mahupun di luar PTS.

Tujuan kita adalah menjadikan kitab Quran sebuah kitab panduan penulisan dan penerbitan karya-karya kreatif yang Tuhan redha.

Moga-moga Allah redha dengan apa yang diusahakan oleh PTS dan para penulis yang mendukung perjuangan PTS. Moga-moga karya kreatif terbitan PTS akan digemari oleh pembacanya dan mesej-mesej murni dalam karya-karya PTS itu menembusi sukma mereka.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/10  at  11:39 AM

Assalamu’alaikum!

Saya tiada masalah dengan Teknik Surah Yusuf, bahkan amat menyokong usaha Puan Ainon.

Saya terlupa nyatakan sesuatu, saya pasti novel Ayat-ayat Cinta jauh lebih hebat daripada filem Ayat-Ayat Cinta.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/06  at  04:18 PM

Alhamdulillah sykur ke hadrat Illahi akhirnya kolum ini merungkai kekusutun saya untuk menyiapkan sebuah skrip telefilem yang saya anggap karya terbesar saya setakat ini. InsyaAllah ia akan diterbitkan oelh eurofine tidak lama lagi..teknik intertekstual yang dipilih melalu kisah ibu bapa Syeikh Qadir Jailani akan mengisi kisah saya bagaimana seorang anak muda mendapat rezeki yang tidak disangkannya setelah bertungkus lumus menjaga seorang tua miskin sehingga akhir hayatnya. Setelah telefile ini ditayangkan kelak, saya menulis kembali. Terima kasih semua

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: