UPDATE: Sifu Menerima Surat Ugutan
UPDATE: Sifu menerima perkhabaran bahawa 2 orang pegawai petugas di pejabat seorang YB Ahli Parlimen PKR Selangor sedang meneliti semua salinan bercetak komen-komen entri ini bagi tujuan menyediakan bahan ucapan dalam parlimen.
...............
Malam semalam, pulang dari pesta buku, seperti biasa Sifu membuka emel.
Salah satu emel yang saya terima mengandungi ugutan sekiranya saya tidak berhenti daripada menuliskan nama salah satu daripada produk yang digosipkan berkait dengan projek perbekalan Kementerian Pelajaran (KPM), maka si penulis emel itu mengugut beliau tidak akan teragak-agak "mengambil tindakan".
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Semoga senantiasa di bawah naungan dan perlindungan Allah dari segala mara bahaya.
Apabila merasa ‘berkuasa’ dan sudah tidak punya hujah untuk menjawab, maka ugutan digunakan.
Semoga Allah melaknat si pengugut.
Assalamualaikum, semoga puan berada di dalam lindungan Allah S.W.T.
Setiap tindakan baik itu pasti ada sahaja halangannya. Yakinlah dan tetapkanlah pendirian. Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan yang hak? Usah digentar dan jangan tunduk kepada ancaman namun persiapkan tindakan susulan yang bijaksana.Kami semua berdiri teguh menyokong puan.
Ya Puan, kami juga akan bersama Puan dan PTS. Katakan yang haq itu haq dan yang batil itu batil. Amal makruf nahi mungkar. Semoga Allah melindungi Puan.
Baguslah Nor, cuba you sendiri yang terima ugutan tu.. What will you do?
I tabik seribu dgn Sifu kerana berani menghebahkan pada umum korupsi yg berlaku di KPM. Saya harap ianya tidak habis setakat di weblog ini sahaja. Kita semua risau akan kerosakan yang telah, sedang dan akan terjadi bukan hanya setakat jual-beli barang tetapi sistem pendidikan kesuluruhannya.
Kepada justin, it seems you know too much. Exposing them to the public will certainly invite a backlash. May Allah be with you.
Kalau tuan2/puan2 sokong tindakan Sifu, dan sepatutnya usaha begini disokong, hebahkanlah kepada umum melalui sebarang saluran agar kerosakan ini dapat dihentikan dan diperbaiki. I don’t think they can do much to Sifu if the number of bloggers behind her is large.
Usah dilayan ugutan begitu. Teruskan corak pemikiran parallel. Jangan pedulikan semua itu.
Moga Allah jauhkan sifu dan kita semua daripada segala kejahatan makhluk. Selamat berjuang.
Salam,
Puan Ainon perlu buat laporan polis secepat mungkin.
Nyatakan dalam report bahawa tindakan itu jatuh bawah Kanun Kesiksaan kerana mengugut.Skop ‘mengambil tindakan’ adalah luas dan Puan Ainon perlu mengambil kira juga keselamatan peribadi dan keluarga terdekat.
Satu salinan diberikan kepada MCMC untuk tindakan pengecaman.
Satu salinan diberikan kepada ACA untuk rujukan.
salam,
teruskan membongkar. ‘mengambil tindakan’? maknanya ada kuasa ek?
Salam.
Kami tetap berdiri teguh di belakang Bonda walaupun kuat badai dan ribut yang melanda.
Tahukah anda tidak semua cerita yang Sifu paparkan adalah benar ertikata lain adalah fitnah. Mendapat sesuatu berita yang BELUM TENTU SAHIH KEBENARANNYA DAN SEBARKANNYA ADALAH FITNAH. Fitnah adalah tergolong dalam dosa2 besar. Pernahkah Sifu terfikir kenapa ada orang yang ingin mengambil tindakan kenapa Sifu. MESTI ADA SEBAB YANG DIA BUAT BEGITU. KERANA SIFU MENYEBARKAN FITNAH DI DALAM BLOG INI. Dan juga orang yang menfitnah ini pernah tak terfikir orang yang difitnah itu memaafnya kalau tiba masanya dia dalam bala.
Salam.
Buat “SISTER”....tiap perbahasan yang jika ada keraguan dari segi fakta sila tampilkan.
Jika tiada fakta yang boleh diketengahkan apa yang dituliskan adalah “FITNAH atau PEMBOHONGAN” sila kemukakan kerana setiap pertanyaan dan pernyataan atau kekeliruan atau juga apa saja perlukan jawapan dari pihak yang terlibat.
Jika orang zaman dahulu hendak meminang anak dara, tunduk dan senyap tanda betul atau setuju.
Jadi jika betul?????..........tapi kalau tidak bersetuju kemukakanlah fakta yang menyokong. Jangan jadi tin kosong yang hanya berisi angin.
Salam,
Sifu, apakah segala cerita yg sifu ceritakan ini adalah benar? Tetapi kenapa masih belum ada tindakan yang diambil? Adakah sifu dapat hitam putih tentang perkara ini atau sekadar mendengar cerita dari orang.
Insan yang keliru…...........
Salam Nur Ikhram,
Apabila saya membalas penyataan Sifu itu begitu, ada sebabnya. Saya rasa Sifu faham apa maksud saya. Saya rasa sifu mencari publisiti dengan menambah garam dan gula daripada cerita sebenar. Niat sebenar disalah ertikan. Takpe Nur Ikhram, saya rasa saya akan bersemuka dengan Sifu secara peribadi. Tak perlu disiarkan penjelasan yang lanjut di dalam blog ini.
Saya fikir begini,
Setiap entri Sifu hanya bermaksud ‘Mempersoalkan’
Bukan ‘Menuduh’
Lalu ‘Persoalan’ perlu dijawab dengan ‘jawapan’
bukan ‘Menidakkan’ persoalan yang diajukan
kerana sifu juga rakyat yang mahukan ‘jawapan’ bagi persoalan begini
kalau tidak ada angin, masakan pokok bergoyang?
Mungkin juga ada beruk-beruk di atas pokok yang mengiyang pokok itu
jadi sister etc
jangan ‘alihkan’ permasalahn ini menjadi permasalahn ‘fitnah’ etc
tidak perlu argumem ed homimem
yang perlu hujah ‘menjawab’
sebelum saya mencarut dengan perkataan ‘bodo’ ‘bangang’ etc
saya ucapkan selamat hari Rabu.
terima kasih
Hello Brother, jangan emosional sangat. Ada yang Sifu mempersoalkan tu mungkin benar dan ada yang tidak. Yang tidak tu yang saya nak tegur. Saya pun ada hak nak tegur. Jadi kalau tak tahu hujung pangkal baik diam saja. Saya rasa Sifu faham apa maksud saya.
Sister. Kau orang yang berkepentingan ke dalam projek-projek nih? Ini pun persoalan. Jawab YA dan Tidak Je. Tak perlu cakap pusing-pusing. Macam tahu banyak sahaja.
TIDAK. Saya pun tidak kisah kalau tidak dapat apa-apa projek dengan KPM. Rezeki yang ALLAH berikan ada di mana2 saja jika kita berusaha. Sehingga sekarang tidak pernah dapat satu pun projek dengan KPM.
Sister inikah orang yang menulis ugutan itu? Sampaikan mahu berjumpa secara peribadi?
Boleh jadi kes polis ni. Ugutan satu jenayah.
sifu,
lawan tetap laaaaaaaaaaaaaawan!
Salam Pn Ainon,
Semoga Allah sentiasa memberi perlindungan ke atas puan seisi keluarga dan juga seisi warga PTS.
Bumi ini milik Allah s.w.t.,Dia yang Maha Berkuasa menjadikannya dan segala isi kandungannya termasuk saya, puan dan juga ‘tukang ugut’.
Allah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dn mencabut nyawa sesiapa yang dikehendakiNya juga. Sesungguhnya segala kejadian yang bakal, sedang dan telah berlaku adalah juga dengan izin dan kehendakNya.
Sesungguhnya apa yang kita lakukan itu demi kerana Allah jua. Sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara sahaja.Sebanyak manapun harta yang kita miliki, kita pasti terpaksa juga meninggalkannya pada suatu hari nanti. Dunia ini juga akan hancur dan Allah juga boleh menggantikan bangsa Melayu ini dengan bangsa lain yang lebih baik jika itu yang dikehendakiNya.
Oleh itu jika apa yang dinyatakan dan dibincangkan tidak benar maka seharusnya ‘tukang ugut’ berani menyatakan ketidakbenarannya.
Namun dengan ‘ugutan’ itu sebenarnya dia telah secara tidak langsung ‘membenarkan’ apa yang dibincangkan selama ini.
Rezeki yang halal itu walaupun sedikit adalah lebih berkat. Rezeki yang haram walaupun beratus juta tidak akan dapat membawa ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki.
Semuanya milik Allah, tidak takutkah pengugut bahwasanya dia juga makhluk Allah dan tidak akan terlepas daripada kematian, padang mahsyar dan juga api neraka!
Nota kaki:
RM 300 juta boleh digunakan untuk membangunkan sebuah pekan kecil(iaitu pembangunan tanpa korupsi dan berhemah). Jika tidak percaya cuba-cubalah tanya pakar ‘quantity surveyor’.
Semoga puan sentiasa di dalam perlindungan dan peliharaan Allah s.w.t. selalu.
Kemungkinan Sifu perlu lebih arif dalam hal yang sebenar. Adakah sifu hanya buat andaian sendiri….. Tuhan sahaja yang tahu.
Huh!
Sister menfitnah Sifu membuat fitnah? Saya tidak menfitnah Sister membuat fitnah terhadap Sifu. Jangan pula nanti ada salah faham. Saya sekadar memepersoal. Saya tidak fitnah sesiapa.
Tuan tuan dan puan puan. Fitnah tidak bagus. Apa itu fitnah? Fitnah itu suatu perkhabaran yang belum tentu kesahihannya. Apabila fitnah bertiup kencang misalnya orang menuduh saya Hakim Coklat Hacks disponsor pergi makan angin di Pulau Maldive siap dengan gambar saya bertopi sambil baring terlentang ditepi laut, maka SAYA, bukan orang yang bersosek sosek, mestilah tampil ke hadapan membuktikan saya tidak bersalah. Saya sebagai Hakim, penjawat awam, mestilah sentiasa beringat jangan sekali kali melakukan sesuatu yang boleh “menimbulkan fitnah”. Jangan nanti sudah terlewat bila orang keluarkan banyak lagi bukti baru saya nak berguling guling menangis.
Takrif fitnah oleh Mufti Perlis.
Perkataan fitnah selalu ditafsirkan oleh masyarakat melayu kita sebagai ‘menuduh secara tidak benar’. Namun perkataan fitnah apabila digunakan oleh al-Quran dan Sunnah tidak pula bermaksud demikian. Perkataan fitnah dalam al-Quran dan Sunnah membawa berbagai maksud. Antaranya; syirik, maksiat, ujian atau bala, melakukan kerosakan, pembunuhan, kesakitan, peperangan dan lain-lain.
Maka ramai ustaz yang tersilap apabila memahami ayat Allah (maksudnya) “Dan fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh” (Surah al-Baqarah: 191) dengan maksud menuduh orang itu lebih dahsyat dari membunuh. Itu fahaman secara melayu, seperti menyamakan tuak di Kelantan dengan tuak di Kedah. Bukan itu maksudnya, tetapi yang dimaksudkan dengan fitnah dalam ayat tersebut adalah ‘syirik’.
Adapun apabila disebut sebagai zaman fitnah ianya bermaksud zaman ujian dan cubaan yang boleh menggugat keimanan dan ketenteraman hidup. Ianya menjadikan manusia keliru dalam membuat pendirian atau begitu sukar untuk berpegang teguh atas prinsip yang benar disebabkan cabaran, ujian dan tekanan yang wujud pada waktu tersebut.
Dr Mohd Asri Zainal Abidin (http://drmaza.com/?p=216)
Benar, saya bersetuju individu yang menghantar e-mel itu dibuat laporan polis. Siapalah agaknya ya? Hmm ada media di sini hendak buat liputan mengenai penyebar e-mel ugutan? Huhuhu
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
Post a comment