Sunday, December 02, 2007

Sifu Sibuk Mengkhatankan 34 Orang Kanak-Kanak Janda Baik

Hari ini Sifu mengadakan majlis berkhatan beramai-ramai sebanyak 34 orang anak-anak penduduk kampung Janda Baik. Jadi sibuklah sedikit di rumah Sifu. Ini kali kedua Sifu buat majlis begini.

Dapatlah Sifu menolong orang kampung mengurangkan kos, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kereta bagi membawa anak ke klinik di pekan Bentong. Bayaran cuma RM40 setiap kanak-kanak.

Tok Mudim datang dari hospital Bentong. Bahan mentah buat makan minum Sifu sedekah. Ibu-ibu buat kerja memasak untuk yang bertugas dan keluarga dan jiran-jiran yang datang memberi sokongan moral.

Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Ada-ada Sahaja
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Idea untuk Institut Terjemahan Negara (ITNM) Previous entry: Ulasan Buku oleh En. Katerer
Mohammed Zakir Husin Bin Mohammed Zahid  on  12/02  at  09:48 AM

Assalamualaikum Sifu,

Alhamdulillah. Sejuk hati saya sebab puan juga tergolong dalam golongan orang yang gemar membantu masyarakat.

Semoga Allah terus menjadikan sifat-sifat mulia ini sentiasa istiqomah dalam sanubari puan.

Semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan yang baik kepada puan dan lain-lain hambaNya yang gemar melakukan kebaikan agar selalu dapat melakukan kerja-kerja amal begini.

Semoga Allah sentiasa memberikan pertambahan rezeki yang berkat kepada puan dan lain-lain hambaNya yang gemar melakukan kebaikan agar selalu dapat melakukan kerja-kerja amal begini.

Saya percaya majlis tersebut dan puan sendiri akan menjadi kenangan yang manis kepada semua yang terlibat.

p/s. Cemburu saya pada puan kerana saya masih belum berkemampuan dari segi kewangan untuk menghulurkan bantuan sebegitu kepada masyarakat.

SifuPTS  on  12/02  at  03:38 PM

Tuan Zakir,

Terima kasih atas doa-doa yang begitu baik buat saya khususnya, dan buat orang-rang lain yang namanya tidak disebut amnya.

Saya menceritakan aktiviti saya bukanlah sebab hendak riak, tetapi supaya mentee-mentee saya semua berasa lapang dada apabila mengetahui saya bukan seorang yang kasihkan wang dan harta dunia.

Nota: Daripada 34 orang yang mendaftar, 1 orang cabut lari!

rastom  on  12/02  at  04:18 PM

Yang cabut lari itulah bakal Tok Mudim!

Panaharjuna  on  12/02  at  06:08 PM

Tuan Rastom, yang lari itu, mungkin juga satu hari nanti dia akan menjadi penulis PTS. Buku pertamanya adalah jibunsyi hari terkenang di dalam sejarah ! ha ha ha ha!

Mohammed Zakir Husin Bin Mohammed Zahid  on  12/02  at  09:48 PM

Puan Sifu,

Pernahkah penulis-penulis Jibunsyi di PTS menulis kisah tentang berkhatan? Melihatkan bilangan gelak saudara Panaharjuna, seperti tersimpan seribu kenangan pasal berkhatan. Jika bukan dirinya, mungkin melibatkan orang lain.

Usikan Panaharjuna itu membuatkan saya sendiri sedang menimbangkan untuk memasukkan kisah berkhatan 28 tahun yang lepas.

Gempar satu kampung semasa budak yang pernah memaksa anak ayam yang baru menetas supaya terbang itu hendak bersunat. Hingga kini masih menjadi bualan waris-waris dan jiran-jiran terdekat.

Apa pandangan Sifu?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/03  at  07:08 AM

Tuan Zakir!

Sungguh bagus cadangan tuan itu. Saya sokong!

Tuan Mohd. Yatim ada menuliskan episod hero bersunat dalam jubunsyinya, tetapi hero itu budak baik… sangat baik!

Jiwa Rasa  on  12/03  at  03:49 PM

Bukan calang-calang orang dapat peluang mengkhatankan 34 orang lelaki!!

SifuPTS  on  12/03  at  04:57 PM

Tuan JIWA,

Hahaha! Ayat tuan itu dapat ditafsir berbagai makna! Hahaha!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: