Monday, January 08, 2007

SifuPTS ke Johor Bharu

Jam 11 pagi SifuPTS bertolak ke Johor Baru bagi menghadiri Seminar Penerbitan Buku Pengajian Tinggi anjuran MAPIM (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia, anggotanya adalah penerbit-penerbit universiti dan DBP).

Kita memang menentang pucuk pimpinan sesetengah universiti yang lebih sudu dari mangkuk dalam isu menggalakkan pensyarah menulis dalam bahasa Inggeris. Dasar Mak Si Randang!

Majoriti pensyarah muda sekarang, menulis dalam Bahasa Melayu pun tidak, inikan pula menulis dalam bahasa Inggeris!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengumuman
(13) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Watak Budak Nakal: Tema Basi Previous entry: Hendak Menjadi Penulis Fiksyen Fantasi tetapi Takut Berfikir Gila-gila
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/08  at  12:00 PM

Salam Puan Ainon,

Maaf saya kurang faham. Dasar Mak Si Randang itu apa dia?

Wasalam…
——-

Tun Dr. Kang  on  01/08  at  01:02 PM

Sepatah kata keramat DSAI, “Lawan Tetap Lawan!”

rastom  on  01/08  at  10:38 PM

Emak si Randang itu pakar membuek samba randang dan tempe bagoreang, bila makan, rasa tarapuang-tarapuang…hehehe

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/08  at  10:48 PM

salah tu tuan rastom,
menurut puan sifu, mak si randang adalah cerita klasik seorang ibu yang menyusukan anak kera/monyet di hutan kekeyangan tetapi anak kandung sendiri di rumah mati kehausan.
betul tak puan sifu?

Fable Fox  on  01/09  at  01:28 PM

Bapak Si Radang : bagi pinjaman berjuta-juta kepada mat saleh yg buka syarikat kat sini, orang sendiri nak buka kedai pun payah.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/09  at  08:51 PM

Salam,

Biar benar! Saya benar-benar bertanya ini….

Boleh sesiapa berikan jawapan yang tepat?

Wasalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/09  at  09:28 PM

Puan,

Benar, Puan Sifu sudah pernah terangkan tentang maksud mak Si Randang ni dahulu, sepertimana yang dinyatakan oleh Sudara Faisal :

” ... mak si randang adalah cerita klasik seorang ibu yang menyusukan anak kera/monyet di hutan kekeyangan tetapi anak kandung sendiri di rumah mati kehausan.”

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/09  at  10:58 PM

Oh! Begitukah?

Sdr. Norjihan dan Faisal,

Terima kasih banyak-banyak di atas maklumat. Mungkin saya terlepas pandang atau tidak sempat membaca mengenainya…

Wasalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/10  at  11:04 AM

Sdr Rastom ni tahu agaknya tapi pura-pura buat tidak tahu. Saya rasa ada kalanya kita ketinggalan atau terlepas cerita-cerita melayu lama.

Di zaman 50an dan 60an banyak kisah klasik difilemkan. Antaranya kisah Si Tenggang. Adakah kita boleh membuat buku klasik ini dan kemudian difilemkan?

Bagaimana Puan Sifu? Kita ubahsuai mengikut era zaman terkini.

rastom  on  01/10  at  02:33 PM

Sdr/Cik/Puan Duyung,

Cerita lama seperti itu boleh dibikin semula, tambah perencah baru kerana ia dalam kategori public domain. Banyak sudut lain yang belum diterokai. Contoh terbaik tengok Bawang Putih Bawang Merah, dulu ada kisah Hang Tuah sudah beberapa kali difilemkan. Cik Duyung nak buat filem kisah si Tenggang yang masa mudanya kepala Mat Rempit kemudian bila dewasa jadi kepala pengedar dadah yang bijak berpolitik tentu menarik!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/11  at  10:24 AM

Boleh Sdr Rastom! (Tidak tahu pun kalau tidak dibimbing tetapi sengaja hendak berfikiran positif..). Si Tenggang akan berpolitik dengan wang ringgitnya hasil jualan dadah. Hingga berjaya ke peringkat tertinggi dan malu mengaku kehadiran ibunya kerana gengnya semua penyamun dan perompak, bakal isteri pula ialah ahli perniagaan (jual beli perempuan).

Akhirnya ibunya pergi ke pengadilan dan membuat pengaduan supaya anaknya Si Tenggang ditangkap. Sungguh sedih hati Si Ibu yang telah mengandung selama sembilan bulan dan sakit melahirkan. Hai! Dah macam cerita Anakku Sazali pula!

Siti Hajar  on  01/11  at  10:44 AM

Sdr Duyung,
Menarik kisah itu, boleh jadi telenovela.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/11  at  08:44 PM

Kalau macam itu bolehlah Sdr Siti Hajar tambahkan jalan ceritanya supaya lebih menarik dan berwarna-warni, hendak mencuba kemahiran dari hasil pembelajaran Teknik Showing dan Telling pula.

Baru boleh jadi telenovela dan difilemkan. Itupun bila ada kelulusan pihak atasan PTS!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: