Monday, November 29, 2010

Dato A Samad Said Dipilih sebagai Duta sekaligus Mata Anak Panah PTS bagi Menembusi Pasaran Cina

Syarikat Wira Bukit Sdn. Bhd. memiliki semua hak penerbitan karya Sasterawan Negara Dato' A samad Said (foto). Dua bulan lalu Wira Bukit memilih PTS sebagai pemegang lesen penerbitan semua karya beliau untuk pasaran dalam negara.

PTS FORTUNA Sdn. Bhd. adalah anak syarikat yang dipilih sebagai penerbit karya-karya beliau. Di bawah persetujuan itu PTS FORTUNA akan membayar royalti daripada hasil jualan buku-buku Dato' A Samad Said kepada Wira Bukit Sdn. Bhd.

Apabila Sasterawan Negara itu memilih label PTS, ia adalah rezeki berganda-ganda kepada PTS:

(i) Nama beliau sudah terkenal dalam pasaran, malah sudah menjadi brand.

(ii) Beliau adalah satu-satunya Sasterawan Negara yang dikenali oleh masyarakat Cina!

Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan marketing PTS memberitahu, beliau telah menjalankan kajian pasaran sebelum memilih siapa penulis PTS yang sesuai menjadi mata anak panah bagi menembusi pasaran Cina.

Beliau telah bertanya kepada beberapa orang guru bahasa Cina di sekolah-sekolah Cina, pekerja-pekerja Cina di dalam kedai-kedai buku, dan ibu bapa Cina yang membeli buku-buku PTS untuk anak-anak mereka.

Dalam proses itu Pn. Nor Hazizam mendapati tidak seorang pun informan yang ditanya mengenali nama-nama penulis PTS. Apabila ditanya siapa nama penulis Melayu yang mereka tahu, nama A Samad Said yang timbul.

NOTA: Pada Rabu 1 Disember, wartawan Sin Chew Jit Poh akan menjalankan sesi interviu dengan SN Dato A Samad Said di ibu pejabat PTS. Beliau akan menerangkan mengapa beliau memilih PTS sebagai penerbit karya-karyanya. Interviu ini adalah salah satu aktiviti kempen 'brand awareness' yang dijalankan oleh jabatan marketing PTS. Mesej yang ditujukan kepada ibu bapa dan guru-guru sekolah Cina adalah: "Dato' A Samad Said pun yakin akan kualiti PTS, maka semua orang boleh yakin kepada label PTS!"

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis dan Stail Kehidupan Previous entry: Senarai Judul Buku Dijadualkan Masuk Gudang PTS Minggu Ini

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.