Sikap Pencuri Hakcipta Buku Agama
Dari sudut psikologi, bagaimanakah ustaz-ustaz dan penerbit buku-buku agama tergamak mencuri hakcipta buku-buku agama, baik dari Indonesia mahupun dari negara-negara Arab.
Mereka mewajarkan perbuatan itu dengan berkata kepada diri sendiri, lebih kurang begini: "Tok-tok Arab itu mewakafkan ilmu mereka dalam buku-buku itu." Mereka tidak pula menghubungi Tok-tok Arab itu bagi mendapatkan kepastian apakah benar buku-buku itu diwakafkan.
Sikap yang sama mereka lakukan ke atas buku-buku karangan penulis Indonesia dan Malaysia.
Buku-buku asli karangan Tok-tok Guru Malaysia dicuri hakciptanya oleh penerbit-penerbit Malaysia. Mereka cetak dan jual buku-buku Tok-tok Guru itu dengan tidak menghantar satu sen pun royalti kepada Tok-tok Guru itu.
Harta-harta wakaf mempunyai undang-undang syariahnya sendiri. Seseorang itu tidak boleh mencuri harta-harta wakaf, lalu memperdagangkannya dengan niat membuat keuntungan bagi kepentingan diri sendiri.
Mereka terbitkan buku-buku Tok-tok Guru itu, jual dan kutip keuntungannya masuk dalam kantung masing-masing. Royalti yang sepatutnya dibayarkan kepada Tok-tok Guru itu mereka kaut, sampai menjadi kaya-raya.
Bagi buku-buku yang sah sudah diwakafkan, cara yang betul adalah, terbitkan buku itu, serahkan royaltinya kepada baitulmal, ataupun serahkan kepada Tok Guru, biar beliau yang menentukan bagaimana royalti itu mahu dimanfaatkannya.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Itulah padahnya jika memberikan manuskrip kepada penerbit yang beralamatkan peti surat di pejabat pos.
Kebanyakan penerbit di kalangan mamak ini (maaf jika salah cakap), membayar `lump-sum` kepada penulis dengan cukup murah (mahal sedikit daripada surat khabar lama) tetyapi mencetak berulang-ulang dengan keuntungan berlipat ganda.
Penerbit sebegitu memang banyak di ibu kota.
Tetapi mereka lebih `buncit ` dengan buku ayat alquran seperti surah yassin kerana tidak perlu sebarang bayaran langsung kecuali kos cetak.
Hatta dijangkakan juga buku-buku panduan solat misalnya dikutip daripa beberapa buku lain diterbitkan dengan penulis yang namanya dipercayai palsu.
Malah jika tiada kekangan undang-undang Alquran pun hendak dicetak seweng-wenangnya oleh si penerbit yang kita `mamakkan` itu.
Wassalam.
Penerbit Melayu pun ada yang buat begitu.
——-
Post a comment