Monday, April 23, 2007

Simbol dalam Puisi dan Logik

Simbol dan puisi tidak dapat dipisahkan. Meskipun demikian, simbol yang tidak selaras dengan pengetahuan manusia tentang alam realiti boleh menurunkan nilai keindahan pada puisi.

Sesuatu yang indah itu semestinya dapat dibuktikan benar boleh berlaku, yakni logik, masuk akal, tidak terkeluar daripada pengalaman manusia biasa di dunia yang fana ini.

Apabila simbol-simbol itu tidak logik, turunlah nilai estatika puisi itu. Meskipun simbol itu luar biasa, tak terfikirkan sebelumnya, hebat bunyinya, tetapi dari sudut makna, puisi itu menjadi 'omong kosong' yang sedap didengar.

Contoh simbol-simbol yang 'kosong' makna, kecuali daripada sudut makna emosinya:

Tujuh lautan sanggup kurenangi
Tujuh benua sanggup kujelajahi
Tujuh gunung sanggup kudaki
Tujuh abad sanggup kunanti
Demi menghirup setitis cintamu...

Ermm... puisi omong kosong!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Puisi
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Motivasi Penulis: Ikut Semangat Kerja Penulis Ini Previous entry: Presiden PTS Setiausaha Baru MABOPA
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/23  at  01:22 PM

Puan,

Saya tidak lagi menerima email dari UPTS. Bolehkah saya tahu mengapa?

Terima kasih.

Cikpuan, kami di PTS pindah server emel, kepada yang lebih besar, jadi semasa kotak emel saya dulu dipindahkan, strukturnya lain betul, saya pun jadi kelam-kabut dengan struktur baru, itu sebab ada batuk-batuk sedikit….
——-

Faizul bin Kamaruddin  on  04/23  at  09:25 PM

cintaku, sampaiku menutup mata

Ejaan yang betul: Cintaku, sampai daku menutup mata.

Mya Marja  on  04/24  at  12:33 AM

TUJUH

Tujuh hari tujuh malam
menangisi kematian
cintaku
lantaran tusukan
pedang katamu.

Daku berlari
meninggalkan kenangan
dan terus berlari.

Hendak kudaki tujuh gunung
tidak kumampu.

Hendak kurenangi tujuh lautan
tiada kudratku.

Hendak kurentasi tujuh benua
terjangkaukah langkahku.

Lalu kakiku terhenti
di padang hijau luas ini
dan berdiri memerhati
sekilas senyummu
di langit kenangan.

(Selamat kembali ke tanah air, Puan Sifu. Maafkan menteemu ini kerana tiada ilham indah gagah yang mengalir…)

alang kelana  on  04/24  at  07:15 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Untuk Tuan Mya Marja:

“Bak kata orang lama:
Kumpulkanlah tujuh jenis bunga
serta air kolah dari tujuh masjid
di dalam tujuh timba
dan mandilah selama tujuh hari
agar luka cinta tujuhmu sembuh
dan ilham mu kembali mengalir…”

zalisa  on  04/24  at  08:41 AM

He he he…. Tuan Alang Kelana, ini adalah hari ketawa bagi saya (maaf sifu, terasa lucu pula membaca tulisan Tuan Alang. Mandi selama tujuh hari sedangkan airnya hanya tujuh timba. Mandi kerbau barangkali :D ).

alang kelana  on  04/24  at  10:53 AM

Puan Zalisa,

Timba yang bersaiz besar…!! smile

Sila lawati blog baru “fulijami”:

http://fulijami.blogspot.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: