Sindrom External Locus
![]()
Kegagalan berlaku kepada semua orang. Namun ada orang yang dapat memanfaatkan kegagalannya, ada yang tidak, dan ada yang mengalami lebih banyak kegalagan selepas kegagalan yang pertama.
Dalam ilmu psikologi ada tingkah laku yang disebut dengan istilah internal locus dan external locus. (Perkataan 'locus' menerbitkan perkataan local, location, localise, locality.)
Sepanjang perhimpunan agung UMNO yang lalu, tingkah laku external lokus, yakni mensabitkan punca masalah yang melanda parti itu kepada faktor-faktor luaran amat jelas.
Daripada Pak Lah, Najib, Muhyiddin, Hishamuddin, Rafidah, pemuda UMNO, puteri UMNO, Khir Toyo sehinggalah penyokong-penyokong Mukhriz, waima Tun Mahathir sekalipun, semuanya menuduh faktor-faktor lain yang menyebabkan UMNO bermasalah.
Tidak ada yang menyalahkan batang tubuh diri masing-masing bagi menerangkan masalah dan kegagalan yang dialami UMNO dan yang mereka sendiri alami.
Tidak ada yang menunjukkan tingkah laku internal locus dengan berkata: "Saya salah. Strategi saya salah. Tindakan saya salah. Sikap saya salah. Pemikiran saya salah. Tingkah laku saya salah."
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment