Siri Cerita Sains
![]()
![]()
Inilah contoh buku cerita kanak-kanak yang penuh sesak dengan informasi sains di dalamnya.
Kita mencari lebih banyak siri seperti ini bagi memandaikan kanak-kanak dan bagi mencetuskan minat mereka dalam bidang sains.
Buku-buku seperti ini menjadi pilihan pustakawan, guru-guru dan ibu bapa. Oleh itu pasarannya adalah baik.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Pn Ainon,
Buku ini adalah antara 144 buah buku terbitan PTS yang saya beli untuk Rumah Nur Zaharah depan rumah puan.
Komik Ibadah,Tafsir Al-Quran bergambar dan novel remaja adalah antara seleksi yang saya beli di Popular dan DBP.
Mungkin hujung minggu ini saya ke sana untuk hantar buku dan pasang rak buku.
Dear Puan,
TAHNIAH! Saya suka semua komen Puan tentang bacaan kanak-kanak Islam Malaysia. Bolehkah kami jemput Puan untuk sesi “bermesra ” dengan anak kecil dan ibunya? Kami akan menganjurkan Hari Terbuka Perpustakaan pada 25 - 29 Ogos 2008 bertempat di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) PTAR UiTM Shah Alam.
Kami sangat ingin puan membawa produk PTS ke PTAR UiTM serta memberikan satu persembahan bercerita (atau apa saja) selama 30 minit - dan jika boleh kami juga ingin Puan mempromosikan buku-buku kanak-kanak terbitan PTS serta sesi autograf.
Jika Puan sudi menerima (walau) sebahagian dari jemputan ini, harap Puan sudi menghubungi saya menggunakan emel saya. terima kasih semoga Puan terus diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk terus menyumbang hasil karya penulisan.
Peserta: Pelajar sekolah tadika dan rendah (beserta ibu bapa mereka) yang dijemput khas oleh PTAR
Post a comment