Siri Usahawan Cilik Masih Diteruskan
Cik Nurismaliza Ismail (nama glamor beliau adalah Cik Ann), ketua unit buku kanak-kanak dan remaja di PTS Profesional Sdn. Bhd. memberitahu bahawa beliau masih mengelu-elukan penulis yang mahu menghantar karya untuk siri Usahawan Cilik.
Menurut beliau jualan siri Usahawan Cilik yang sudah diterbitkan sangat positif, itulah sebabnya beliau mahu menerbitkan lebih banyak novel dalam siri ini.
Siri Usahawan Cilik juga sudah dilesenkan kepada PT Gramedia (Indonesia) bagi diterbitkan di negara itu sebagai edisi Indonesia.
Cik Ann memberitahu bahawa siri ini adalah novel fiksyen yang temanya adalah membimbing remaja memulakan bisnes dan keusahawanan.
Novel dalam siri ini memerlukan penulis memberikan unsur bisnes dan pengurusan kepada watak utama. Antara maklumat yang perlu dimasukkan adalah:
(i) Maklumat teknikal, tip-tip, dan cara-cara berniaga.
(ii) Produk yang menjadi bisnes watak utama hendaklah (a) modalnya murah, (b) bisnes itu dapat dimulakan oleh pelajar sekolah, (c) dapat menjana wang poket, (d) mengikut trend terkini, (e) ada selling point, dan yang sangat penting, (f) logik.
Bagi tuan dan puan yang berminat menghasilkan karya untuk siri ini, tulis sinopsis cerita yang dicadangkan dan hubungi Cik Ann (foto) di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Apabila Cik Ann berpuas hati dengan mutu cerita, beliau akan meluluskannya. Selepas itu barulah tuan dan puan mula menuliskan karya itu.
Bagi tuan yang belum menghasilkan karya dalam siri ini, Cik Ann mengesyorkan supaya tuan membaca beberapa novel dalam siri ini terlebih dahulu bagi mendapatkan gambaran yang jelas berkenaan konsepnya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006



Post a comment