Sunday, December 12, 2010

Siri ‘Usahawan Cilik’ Masih Diteruskan

PTS menerbitkan 2 siri kanak-kanak yang ditulis oleh banyak penulis.

(i) Siri 31 Kisah Teladan terbitan PTS Islamika Sdn Bhd.

(ii) Siri Usahawan Cilik terbitan PTS Professional Sdn Berhad.

Kedua-dua siri ini laku keras dalam pasaran, dan penerbitannya masih diteruskan. Buku-buku dalam siri ini berjaya diulangcetak.

Malah kedua-dua siri sudah dilesenkan kepada PT Gramedia, penerbit paling besar di Indonesia dan diterbitkan sebagai edisi Indonesia.

Siri Usahawan Cilik mempunyai ciri-cirinya yang distinktif daripada novel remaja biasa. Sebenarnya, siri ini adalah buku-buku panduan memulakan dan menguruskan perniagaan, hanya bezanya ia disampaikan dalam bentuk cerita kreatif.

Objektif penerbitan siri Usahawan Cilik adalah memupuk minat dan bakat berniaga semenjak kecil lagi.

Faktor keistimewaan dalam siri Usahawan Cilik adalah 'skrip bisnes'.  Novel-novel dalam siri ini mengandungi wacana bisnes sebagaimana yang digunakan dalam komunikasi bisnes dalam dunia realiti. Dengan membaca novel-novel ini maka kanak-kanak dan remaja belajar skrip bisnes dunia sebenar. Apabila mereka memulakan bisnes nanti, skrip itu sudah mereka pelajari sejak kecil.

Bagi tuan dan puan yang berminat menghasilkan karya dalam siri Usahawan Cilik, langkah pertama adalah membaca siri yang sudah diterbitkan bagi memahami jenis-jenis maklumat perniagaan yang wajib ada dalam buku.

Kemudian, tuliskan sinopsis cerita (sinopsis perlu detail) dan emelkan kepada Cik Nurismaliza Ismail, ketua unit remaja di PTS Professional Sdn Bhd di alamat .(JavaScript must be enabled to view this email address) .

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Memilih Desain Cover Buku Remaja Awal Previous entry: Masa Hadapan Sastera Melayu Singapura Bergantung kepada Pembaca Malaysia?

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.