Sistem Royalti: Kos Tinggi yang Tidak Ketara
Semasa mula-mula membuka bisnes penerbitan, banyak penerbit tidak menawarkan sistem royalti, sebaliknya menawarkan sistem membeli hakcipta karya yang diterbitkannya. Rasional di sebalik dasar itu adalah:
1. Mengurus sistem royalti adalah kerja yang rumit, kompleks dan mahal.
2. Aspek yang paling rumit dan kompleks adalah pada proses tracking status kemaskini sesuatu judul. Ini bertambah rumit disebabkan belum ada sofwer komersial bagi menjalankan sistem tracking dan kiraan royalti.
3. Aspek kedua yang paling rumit adalah sistem perkiraan royalti. Sofwer untuk kerja ini pun belum ada dalam pasaran. Jadi, kiraan perlu dibuat secara manual.
4. Proses tracking sangat kritikal bagi memastikan kiraan royalti adalah betul dan tepat.
5. Disebabkan proses-proses yang rumit dan kompleks itu, maka seorang pegawai khas diperlukan secara sepenuh masa bagi menguruskan rekod-rekod tracking setiap satu judul. Ia adalah tugas yang tidak produktif, yakni kerja-kerja yang dilakukan oleh pegawai itu tidak mendatangkan hasil keuntungan kepada syarikat. Penerbit kecil tidak mampu menanggung kos tambahan itu.
NOTA: PTS mempunyai pegawai khas yang menguruskan rekod-rekod harta intelek dan royalti bagi lebih 2 ribu judul buku. Bagi mengurangkan beban kerja itu, PTS terpaksa mengambil konsultan bagi membangunkan sistem khusus untuk pengiraan royalti.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
“...seorang pegawai khas diperlukan secara sepenuh masa bagi menguruskan rekod-rekod tracking setiap satu judul. Ia adalah tugas yang tidak produktif, yakni kerja-kerja yang dilakukan oleh pegawai itu tidak mendatangkan hasil keuntungan kepada syarikat.”
Tidak mengapalah, Puan. Memang tidak mendatangkan keuntungan DUNIAWI, tetapi percayalah, insya-Allah akan memberikan ganjaran UKHRAWI kepada pemilik syarikat (yang Islam tentunya. Wallauaklam.
Post a comment