Wednesday, June 27, 2012

Situasi Lambakan Buku Agama Sedang Berlaku dalam Pasaran

Pada masa ini sektor buku agama sedang mengalami fenomena lambakan judul-judul baru.

Maklumat pasaran yang dikumpulkan oleh jabatan jualan PTS mendapati setiap bulan kedai-kedai menerima lebih dari 30 judul baru buku agama.  Jumlah ini jauh lebih banyak daripada jumlah yang dapat diserap oleh pasaran.

Dua faktor utama yang mencipta lambakan adalah:

1. Banyaknya penerbit baru muncul.

2. Mudahnya menerbitkan semula judul-judul Indonesia.

Penerbit-penerbit baru lazimnya tidak melakukan kajian pasaran terlebih sebelum memilih judul yang diterbitkan. Mereka masuk pasaran disebabkan mereka menyangka pasaran buku agama adalah sangat menguntungkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kedai Buku Mudah Buka Mudah Pindah Previous entry: Situasi Lambakan Buku Kreatif Sedang Berlaku dalam Pasaran

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.