Tuesday, June 26, 2012

Situasi Lambakan Buku Kreatif Sedang Berlaku dalam Pasaran

Maklumat yang dikumpulkan oleh jabatan jualan PTS menunjukkan pada saat ini fenomena lambakan judul-judul kreatif sedang berlaku dalam pasaran.

Setiap bulan kedai-kedai buku menerima antara 30 - 40 judul novel popular untuk target remaja perempuan dan dewasa perempuan, manakala pasaran tidak dapat menyerap jumlah tajuk yang sebanyak itu.

Pembeli dan pembaca novel popular adalah remaja dan perempuan muda yang masih bergantung kepada duit poket sekolah ataupun duit gaji yang rendah.

Dengan banyaknya judul baru yang dipamerkan oleh pekedai, pembeli cenderung memilih penulis pujaan mereka ataupun novel terbitan penerbit yang mereka sudah kenal lama.

Kesan lambakan ini adalah turunnya jumlah naskhah yang terjual bagi sesuatu tajuk.  Ini memaksa penerbit mengurangkan jumlah cetakan pertama, dan seterusnya menurunkan jumlah naskhah ulang cetak, itupun jika judul itu berjaya diulangcetak.

Maklumat yang dikumpulkan oleh jabatan jualan PTS mendapati lambakan juga berlaku dalam sektor novel cabul.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Situasi Lambakan Buku Agama Sedang Berlaku dalam Pasaran Previous entry: Tip Survival Penulis-Trainer: Buku Game untuk Training yang Sesuai dengan Budaya Tempatan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.