Saturday, June 03, 2006

Spellchecker (sambung)

Pada masa ini ada 2 sofwer spellchecker, atau penyemak ejaan Bahasa Melayu. Yang sudah lama berada dalam pasaran adalah Dewan EJA. Harganya RM50 senaskhah.



Spellchecker yang lebih baru, saudara boleh download PERCUMA daripada web MIMOS ataupun web www.pts.com.my. Ia sedia siap dikepilkan dalam wordprocessor OpenOffice.



Spellchecker ini dibangunkan secara usahasama antara MIMOS Bhd dan makmal linguistik PTS Consultants Sdn. Bhd. PTS menanggung semua kos penyelidikan linguistik bagi pembangunan spellchecker ini kerana ia adalah sebahagian daripada perjuangan PTS memajukan teknologi Bahasa Melayu.



Supaya pengorbanan PTS tidak sia-sia, gunakan OpenOffice. PTS mewajibkan semua penulisnya belajar menggunakan sofwer OpenOffice bagi menyemak ejaan manuskrip masing-masing sebelum dihantar ke PTS.




Kebodohan spellchecker



Hubaya-hubaya!



Namanya pun 'spellchecker', yakni ia cuma menyemak ejaan. Kalau ejaan itu betul, maka spellchecker itu tidak akan mengatakan ia salah, meskipun dalam konteksnya ejaan itu SALAH.



Ayat-ayat di bawah akan dikatakan ejaannya betul:



a. Saya ditinggalkan seorang diri. (Ini memang BETUL)


b. Saya di tinggalkan seorang diri. (Ini sebenarnya SALAH tetapi dikatakan BETUL)



Alasan: Spellchecker tidak kenal “di” yang mesti dijarakkan dan “di” yang dirapatkan. Kedua-duanya dikatakan BETUL.



Begitu juga ayat-ayat di bawah akan dikatakan betul ejaannya:



a. Dia mendapat tempat kedua. (Ini memang BETUL)


b. Dia mendapat tempat ke dua. (Ini sebenarnya SALAH tetapi dikatakan BETUL)



Alasan: Spellchecker tidak kenal “ke” yang mesti dijarakkan dan “ke” yang dirapatkan. Kedua-duanya dikatakan BETUL.



Begitu juga ayat-ayat di bawah akan dikatakan betul ejaannya:



a. Masakan saya sedap. (Ini memang BETUL)


b. Masakkan saya sedap. (Ini sebenarnya SALAH tetapi dikatakan BETUL)



Alasan: Spellchecker tidak kenal perbezaan penambahan “an” dan “kan”. Kedua-duanya dikatakan BETUL.



Begitu juga ayat-ayat di bawah akan dikatakan betul ejaannya:



a. Suaranya lembut. (Ini memang BETUL)


b. Suaranya lembu. (Ini sebenarnya SALAH tetapi dikatakan BETUL)



Alasan: Spellchecker tidak kenal perbezaan makna “lembut” dan “lembu”. Kedua-duanya dikatakan BETUL meskipun makna ayat itu salah.



Jika saudara menggunakan perkhidmatan editor part-time, berhati-hatilah, ada kecenderungan editor part-time hendak menyiapkan kerja mereka cepat-cepat, oleh itu mereka tidak membaca semua perkataan kata-demi-kata. Akibatnya, mereka tidak membetulkan kesilapan jenis yang diterangkan di atas.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Fungsi Novel Islami Previous entry: Memilih Watak Utama: Prinsip Surah Yusuf
Anonymous  on  06/03  at  09:10 PM

“Hidup open source!” - Fable Fox
——-

Kalamtimur  on  06/03  at  09:53 PM

Hoho, nampaknya saya terpaksa bertukar ke Linux atau Redhat.

ICeSoul  on  06/04  at  01:03 PM

usaha yg hebat utk meletakkan satu piawaian pada penulisan.maka saya perlu maklumkan si panaharjuna tentang ini..oii panah cepat download!

Puan Ainon Mohd.  on  06/04  at  08:14 PM

Sdr Icesoul, saya cuba hantar emel kepada sdr, tetapi gagal.

irsha  on  06/05  at  09:36 PM

dah ada spellchecker, bagus. lepas ni PTS bangunkan pulak yg lagi advance untuk semak ayat seperti kesalahan dalam contoh2 puan. mcm MS Word checks grammar.

Puan Ainon Mohd.  on  06/05  at  09:57 PM

Sdri Irsha,

Salah satu hambatan membangunkan grammarchecker bagi Bahasa Melau adalah design kejuruteraan OpenOffice yang arkitekturnya tidak membolehkan kita meng-install grammar rules BM!

PTS sudah mencipta algoritma yang dapat membetulkan secara automatik kesilapan jenis 1 - 3, tetapi ia tidak dapat di-install-kan.

Design arkitektur OpenOffice yang ada sekarang membolehkan semua bahasa dunia membangunkan teknologi linguistik masing-masing ke dalam OpenOffice, tetapi itulah pula…. ada setbacknya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: