Wednesday, September 30, 2009

Strategi Bagaimana PTS Menembusi Sektor Pasaran Kedai Buku Agama Tradisional

Buat sekian lama PTS tidak dapat menembusi sektor pasaran kedai-kedai agama indie. Walaupun kedai itu kecil-kecil tetapi jumlahnya banyak. Mereka hanya menjual buku-buku agama kategori tradisional, yakni buku-buku seperti kitab Quran, hadis dan panduan-panduan ibadat.

Meskipun PTS ISLAMIKA Sdn. Bhd. menerbitkan buku-buku agama, tetapi buku-buku itu hanya dapat dibeli di kedai-kedai buku elit seperti MPH, Popular dan lain-lain. Kedai-kedai agama tradisional tidak mahu menjual buku-buku agama PTS.

Pelanggan regular kedai-kedai buku tradisional itu pula tidak pergi ke kedai-kedai buku elit. Justeru, bagi meningkatkan jualan buku-buku agama PTS, kita tidak ada pilihan kecuali memujuk pemilik kedai-kedai tradisional itu supaya mahu menjual buku-buku PTS.

Situasi ini menyebabkan walaupun pasaran buku agama adalah sangat besar, tetapi PTS tidak dapat mencetak lebih daripada 3 ribu naskhah bagi setiap judul buku agamanya. Keadaan ini berlarutan selama bertahun-tahun.

Bagi menembusi sektor kedai buku agama tradisional itu, langkah pertama PTS adalah melantik seorang eksekutif jualan yang sudah sedia mempunyai hubungan baik dengan kedai-kedai itu. Beliau adalah Tn. Azari Hashim. (foto)

Tn. Azari adalah seorang yang waraq, oleh itu personaliti dan penampilan beliau yang saling tak tumpah bagaikan ustaz itu lebih mudah dapat mencipta kesan positif kepada pemilik kedai-kedai buku agama. 

Semasa Tn. Azari mula-mula memperkenalkan buku-buku agama PTS kepada kedai-kedai buku agama tradisional itu, mereka tidak berminat disebabkan pakejing buku-buku agama PTS yang tidak tradisional. Ada sesetengah pemilik kedai yang menolak buku-buku PTS dengan alasan PTS menghina Nabi Muhammad kerana tidak menggunakan perkataan-perkataan seperti 'baginda' dan menggantikannya dengan perkataan 'beliau'.

Dengan sabar dan tekun, Tn. Azari berkali-kali pergi ke kedai-kedai itu dan menjalin hubungan saling percaya-mempercayai. Setiap kali beliau pergi, beliau menceritakan mengapa buku-buku PTS menggunakan pakejing dan gaya bahasa yang berbeza.

Beliau juga bercerita bahawa kedai-itu dan kedai-ini sudah menjual buku-buku PTS dan jualannya bagus.... sehingga perlahan-lahan kedai yang belum mahu menjual buku-buku PTS akhirnya mahu mencuba.....

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Notis! Contoh Format Menulis Sinopsis Previous entry: 30 Strategi Membina Pengaruh
Ilman92  on  10/01  at  11:46 AM

Salam.

Ya, mengapa tak digunakan baginda, ya?
Bukannya apa, cuma bertanya.
Saya tidak kisah mana-mana, yang penting ada “SAW”-nya.
Dalam bahasa Arab, kata ganti nama diri ketiga bagi lelaki cuma “Huwa”, tiada “baginda” atau “beliau”; jadi saya tidak kisah sangat. Cumanya, saya ingin tahun mengapa PTS tidak menggunakan ganti diri baginda seperti buku agama lain.

Terima kasih.

Shamsuddin Kadir  on  10/02  at  04:31 AM

Saya juga kagum dengan keramahan berkomunikasi dengan Tuan Azari. Beliau sentiasa membuat bercakap dalam intonasi yang mengambarkan seolah kami adalah rakan dan saudara bukannya pelanggan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.