Strategi Bergabung dengan Nama Besar
Novel Diari Gadis Bintang adalah karya ke-29 AinMaisarah dalam tempoh 6 tahun beliau menulis.
Sebelum nama beliau menjadi besar, beliau menulis sendiri semua karya beliau. Apabila nama beliau semakin semarak, Puan Ain mencuba startegi baru bagi meningkatkan produktiviti di mana beliau mula berkarya dengan penulis-penulis bersama.
Strategi beliau terbukti berjaya menghasilkan banyak karya baru di bawah brand AinMaisarah. Penghasilan karya baru menjadi penting bagi memastikan peminat tegar beliau mendapat bekalan buku baru setiap bulan.
Langkah penulis baru bergabung dengan penulis ternama menghasilkan keuntungan kepada kedua-dua pihak. Bagi penulis baru karyanya laku keras meskipun namanya belum terkenal. Bagi penulis terkenal beliau dapat menghasilkan karya secara lebih berjadual.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment