Saturday, November 03, 2007

Strategi Bisnes: Antara Menjual Lebih Banyak Buku ataupun Menerbitkan Lebih Banyak Judul Buku

Kita menerima banyak pertanyaan dan juga komplen daripada banyak pihak yang tidak puas hati terhadap isu buku PTS selalu out-of-stock (OS). Isu buku OS ini semakin hari semakin serius, kerana 40% judul PTS habis terjual dalam masa kurang 3 bulan. Dalam kes buku-buku seperti "Travelog Haji", judul-judul itu habis dalam masa kurang 1 bulan.

Yang paling tidak puas hati adalah pengedar dan kedai buku. Kedai tidak puas hati sebab buku yang di-order tidak dapat dibekalkan. Buku yang dipesan sudah OS, padahal buku itu baru beberapa bulan terbit. Customer masuk kedai mencari buku, tetapi buku tidak ada. Ini bermakna mereka hilang bisnes.

Kedua, pengarang juga tidak puas hati. Buku mereka sudah OS tetapi masih belum diulangcetak. Ini bermakna mereka hilang royalti.

Laporan inventori PTS menunjukkan, pada bila-bila masa, terdapat antara 80 - 100 judul yang OS. 

Keadaan ini timbul disebabkan PTS tidak mempunyai cukup modal bagi membiayai percetakan yang diperlukan. Jika PTS mempunyai suntikan modal RM3 juta, isu ini tidak timbul. 

Bagi mendapatkan fasiliti RM3 juta itu, PTS mesti meletakkan minimum RM1.5 juta dalam akaun simpanan tetap dalam bank peminjam. 

Jadi ada pihak berpendapat, PTS jangan menerbitkan sampai 30 judul baru sebulan, sebagaimana keadaannya sekarang. Sebaliknya terbitkan 10 judul sahaja, supaya wang yang ada itu dapat digunakan bagi mengulangcetak judul-judul yang sudah OS. 

Jika saudara hendak belajar menjadi penerbit, cuba saudara buat keputusan, apakah pilihan saudara? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: WEB-TV PTS Previous entry: Langkah PTS Membangunkan Tim Penulis Remajanya Sendiri (16-19 tahun)
Fable Fox  on  11/03  at  11:08 PM

Saya akan usahakan cari RM 1.5 juta itu. Why choose when you cah have both? Ajaran Azizi Ali.

REV  on  11/04  at  11:37 AM

Ada dua faktor. Pertama faktor penerbit. Kedua faktor penulis. Dan pandangan saya merujuk kepada bagaimana penulis boleh membantu penerbit-penerbit buku di Malaysia dapat hidup.

Faktor penerbit. Buku-buku yang diterbitkan ternyata memiliki kualiti dari faktor penerbitan. Disebabkan buku-buku itu perlu diulang cetak, maka penerbit boleh mengurangkan judul bulanan. Namun, ini juga akan memberi kesan terhadap penulis-penulis baru yang ingin hidup dengan menulis.


Faktor penulis.

Penulis berjaya menulis karya yang baik dan mendapat sambutan. Sayangnya ada penulis-penulis baru yang tidak dapat menyerlah kerana terpaksa menunggu giliran sebelum bukunya diterbitkan.

Penyelesaian:

Penulis perlu mempelbagaikan penerbit. Ini dapat membantu mengurangkan masa untuk menunggu giliran buku diterbitkan. Membantu ekonomi penulis. Membantu pihak penerbit memberi tumpuan terhadap ulang cetak buku-buku yang mencapai tahap OS.

Dengan ini, penulis akan membantu penerbit-penerbit baru.

 

Permohonan REV kepada SifuPTS:

Sifu, saya akan meninggalkan dunia penulisan dalam jangkamasa yang agak lama untuk memberi laluan kepada perkara lain. Saya juga telah menjangkakan Risiko Angka Giliran, di mana apabila saya bersedia untuk menulis nanti, akan wujud tempoh masa menunggu yang lama.

Ini dipanggil sebagai KRISIS KEWANGAN bagi saya. Bagaimana seorang graduan, pada masa akan datang, hendak hidup tanpa gaji (bekerja tiga bulan tanpa gaji kerana dalam tempoh percubaan).

Oleh itu saya memutuskan sebelum tiba masa KRISIS KEWANGAN, saya memohon izin kepada Sifu, agar mengizinkan saya untuk mempelbagaikan penerbit.

Sebab-sebabnya adalah seperti berikut:

1. Faktor OS. Demi masa depan penerbitan PTS, buku-buku OS perlu diberi peluang untuk diulang cetak. Sebagai penulis baru, saya memberi hak ini kepada penulis-penulis top PTS untuk mendapat peluang royalti. Pembaca-pembaca PTS wajar mendapat hak untuk memiliki buku-buku seperti itu. Jangan biarkan pembaca-pembaca PTS kecewa. Penulis best-seller adalah ikon untuk pembaca.


2. Faktor KRISIS KEWANGAN. Sebagai bakal graduan. Sebagai bakal penulis, akan wujud tempoh menunggu posting, atau menunggu tawaran kerja yang agak lama. Juga apabila sudah mula bekerja, akan ada tempoh percubaan di mana saya tidak akan mendapat gaji dalam tempoh tiga bulan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan hidup tanpa wang adalah sekitar enam, sembilan atau lima belas bulan. Tempoh teras adalah tiga bulan iaitu apabila mula bekerja (dalam tempoh percubaan).

Walau pun sudah ada masa untuk menulis dalam tempoh menunggu tawaran kerja (sekitar enam bulan - berdasarkan prosedur terpantas), KRISIS KEWANGAN pasti akan muncul. Ini kerana biar pun manuskrip telah siap, tidak semestinya akan diterbitkan serta merta berdasarkan tempoh masa prosedur penerbitan. Saya telah menganalisis masa yang diambil oleh penulis-penulis baru sekitar awal tahun ini. Juga, bilangan penulis-penulis baru akan semakin meningkat dan ini meningkatkan masa menunggu manuskrip untuk diterbitkan sebagai buku.

Jadi, adalah wajar penulis-penulis mempelbagaikan penerbit. Dengan ini buku-buku ini dapat diterbitkan dalam jangka masa terpantas. Tiga orang yang diberi satu kerja setiap orang, adalah lebih cepat daripada satu orang yang diberi tiga kerja dalam satu masa.


3. Membantu penerbit-penerbit baru untuk hidup dan seterusnya menjadikan industri percetakan dan penerbitan buku sebagai salah satu penjana ekonomi negara yang penting.

Perlu adanya resolusi dan kesatuan antara penerbit-penerbit. Besar harapan dengan andanya kerjasama antara penerbit, sumber tenaga pengkarya boleh diserap secara produktif dan menguntungkan kesemua pihak: penerbit, penulis, pengedar dan pembeli.


MAKA, keputusan yang terbaik itu adalah menerbitkan karya-karya OS dan best-seller (demi menjaga hubungan antara penjual buku dengan penerbit, juga demi memenuhi permintaan pembaca/pembeli).

Saya sebagai penulis akan cuba memenuhi keperluan PTS, pada masa akan datang, sekiranya diperlukan. Namun, saya juga memahami peningkatan trafik sumber penulis. Ramai penulis pasti tidak puas hati sekiranya terpaksa menunggu giliran. Oleh itu ruang yang terbaik adalah mempelbagaikan penerbit. Ini akan membantu penulis dan penerbit-penerbit baru. Moga-moga penerbit-penerbit baru adalah jujur dan ikhlas sebagaimana penerbit PTS.

Sekian dahulu. Dengan ini, saya mengundurkan diri dari dunia penulisan untuk beberapa ketika. Dan, pasti apabila saya kembali, populasi penulis adalah semakin ramai, semakin ramai dan semakin ramai.

Sekali lagi, saya memohon izin kepada SifuPTS agar memberi peluang kepada saya untuk mempelbagaikan penerbit sebagai langkah persediaan untuk menghadapi KRISIS KEWANGAN selama enam hingga lima belas bulan sekitar 2008-2009. Jasa Sifu akan tetap saya kenang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/04  at  11:17 PM

Salam Ibu.

Pada saya, terus menerbitkan 30 judul setiap bulan kerana itulah kapasiti yang telah disediakan. Jika dikurangkan bermakna kita telah mensiakan tenaga kerja yang telah kita sediakan - gaji mereka perlu dibayar setiap bulan. Kita juga kehilangan:

1. Punca pendapatan dari 30 judul setiap bulan.
2. Kepercayaan pengedar dan kedai buku yang mengharapkan 30 judul baru setiap bulan.
3. Penulis-penulis kerana terpaksa menanti lama karya mereka diterbitkan.

Ibu menyatakan 40% judul PTS habis terjual dalam 3 bulan pertama. Ibu juga menyatakan terdapat 80-100 judul OS pada bila-bila masa. Masalahnya kita tidak boleh tahu dengan tepat judul-judul mana yang akan menjadi “hit”. Kita cuma boleh meramalkan saja. Dengan itu, kita perlu buat kajian dan melihat statistik genre dan penulis. Mungkin dari situ kita boleh membuat keputusan mecetak “lebih” dari biasa sesuatu judul itu.

Bila terbuka ruang, bolehlah kita mengulang cetak judul-judul yang OS itu. Kita tidak boleh tergesa. Sejauh mana usaha kita tentu saja tidak dapat memuaskan semua pihak. Apa yang boleh, kita cuba sedaya mampu dan berlaku adil.

Itulah alkisah “rasa” saya.

saiFz  on  11/05  at  02:30 PM

kalau rm 3 juta benar-benar membantu PTS melonjak, pelik juga sukar juga utk mendapatkan pinjaman 3 juta dari bank. Rasanya PTS sudah cukup berkaliber untuk mendapat kepercayaan bank. Tak patut sungguh bank tak bagi pinjaman. Atau PTS memnag tak mahu buat pinjaman bank…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/05  at  05:13 PM

Bagaimana dengan Islamic Development Bank? Ada peluang di situ tak?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/06  at  05:47 AM

Cikpuan Zai,

Kita tidak pula terfikirkan IDB. Adakah IDB sebuah bank yang mesra kepada syarikat-syarikat SMI. Ataupun ia IDB mesra projek-projek kerajaan sahaja.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: