Tuesday, July 10, 2007

Strategi Kepala-Tanduk-Kepala

Puan Sifu,
Adakah kes Nescafe lawan Alicafe ini bersamaan dengan kes ubat gigi Mukmin lawan dengan Colgate? Ubat gigi Mukmin mewar-warkan "Mencari yang halal itu fardhu bagi umat Islam" dan menyebabkan Colgate terpaksa mengeluarkan iklan menyatakan ubat giginya juga mendapat pengesahan JAKIM (walaupun tiada logo halal). -
Xara.


Nota Sifu:

Pasaran ubat gigi adalah pasaran lama. Budak besarnya bernama Colgate.

Mukmin masuk pasaran ubat gigi dengan tidak menggunakan strategi flanking bagi mencuri pelanggan Colgate.

Sebaliknya Mukmin masuk dengan menggunakan strategi bersaing dengan Colgate apabila ia melancarkan perang PR (public relation) bagi mewawarkan ciri Mukmin yang "halal". Dengan melancarkan perang PR itu Mukmin memberi isyarat bahawa Colgate tidak "halal".

Taktik Mukmin adalah bersaing cara "kepala-tanduk-kepala" (competing head-to-head) dan tengok kepala siapa lebih keras dan kepala siapa yang akan pecah.

Strategi dan taktik "kepala-tanduk-kepala" akan memerahkan air laut dengan darah. Darah siapa lagi, kalau bukan darah ikan-ikan kecil yang diketuk oleh ikan-ikan besar.

Bezakan strategi Mukmin dengan strategi Aminah Hassan memasuki pasaran sos cili dan sos tomato. Pasaran sos adalah pasaran lama. Dalam pasaran itu ada, bukan 1 tetapi 2 ekor naga besar, yang bernama Maggi dan Kimball.

Aminah Hassan berjaya mencuri pelanggan 2 ekor naga besar, yakni sos Maggi dan sos Kimball.

Apakah faktor yang menyebabkan Maggi dan Kimball tidak dapat mengetuk Aminah Hassan sampai mati, sebagaimana Unilever dan Colgate-Palmolive berjaya mengetuk Zaitun sampai mati?

Jikalau saudara mahu masuk lautan novel cinta, oleh itu saudara mahu mencuri pelanggan novel cinta ALAF21, apakah strategi saudara?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes & Bisnesman
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Notis! Projek Fiksyen Sejarah Previous entry: Laut Biru: Orang Lain Buka Hutan, Orang Lain Berkebun
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/10  at  11:05 AM

Syarikat Mukmin mengulangi teknik yang sebelum ini digunapakai oleh Zaitun. Harap-harap mereka tidak ditalkinkan awal sepertimana Zaitun.

sepertimana (SALAH) = seperti mana (BETUL)
——-

xara  on  07/10  at  11:37 AM

Terima kasih Puan Sifu atas penerangan.

Barangkali berjaya kempen Syarikat Mukmin, kerana sehingga kini, saya masih was-was untuk menggunakan Colgate.

Namun begitu, saya tidak semestinya membeli Mukmin. Iklannya itu membuatkan saya memilih ubat gigi lain buatan tempatan yang ada logo halal juga. Untunglah syarikat ubat gigi lain itu, kerana iklan Mukmin, ubat giginya juga dibeli orang.

Sos Aminah Hassan berjaya kerana rasanya yang sedap dan menepati citarasa. Sekurang-kurangnya menepati citarasa orang kampung saya. Kesannya, kedai-kedai runcit hanya menjual sos Aminah Hassan sahaja, kerana sos lain, orang enggan beli.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/10  at  02:37 PM

Saya mendoakan agar strategi bersaing ubat gigi Mukmin sekarang diubah kepada strategi flanking secepat mungkin.

Saya ingin melihat syarikat Mukmin itu terus mekar melebarkan sayapnya.

Saya pengguna setia barangan keluaran muslim yang disahkan halal oleh Jakim.

embun  on  07/11  at  08:19 AM

Assalamualaikum wbt.,

Perang PR yang dilancarkan oleh Mukmin itu sebenarnya meninggalkan beberapa kesan kepada pengguna ubat gigi Melayu/Muslim iaitu:

i) Pengguna mula was-was dan menjauhi ubat gigi colgate

ii) Pengguna mula mengintai seterusnya menggunakan alternatif lain (saya telah meninggalkan ubat gigi Darlie dan beralih kepada ubat gigi Halagel yang jauh lebih murah berbanding Mukmin)

iii) Pengguna cuba mencari dan menyiasat siapa ahli lembaga pengarah Mukmin (saya mendengar angin, walaupun Mukmin dipantau sepenuhnya oleh Persatuan Pengguna Islam tetapi ahli lembaga pengarahnya bukan Melayu dan bukan Islam)

Saya tidak pasti apakah perang PR yang dilancarkan oleh Mukmin berjaya meningkatkan jumlah jualannya tetapi bagi diri saya, ia buat saya menyampah terutama kerana faktor kedua dan ketiga di atas.

Sekian, tk.

tk (SALAH) = terima kasih (BETUL)
Ejaan singkat tidak dapat dibaca oleh sofwer komputer orang buta - tidak ramah OKU.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  07:51 PM

Jikalau kita mahu masuk lautan novel cinta, oleh itu kita mahu mencuri pelanggan novel cinta ALAF21, apakah strategi kita?
Apakah strategi saya sebagai cicit-cicit ‘Nabi Yaakub’.

mohd  on  06/26  at  09:04 AM

Saya amat berminat tentang strategi pemasaran dan PR oleh syarikat2 bumiputera untuk bersaing lebih hebat merebut pengguna Islam dan memajukan ekonomi Islam.

Idea dan sokongan yang tepat kepada produk yang menepati syarat2 halal adalah penting agar memberi ruang niche untuk pasaran yang lebih luas seperti untuk muslim di London juga serata dunia.

Harap laman ini akan mencambah pemikiran lebih kritis.
Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: