Thursday, May 21, 2009

Strategi Memecahkan Ruyung Pasaran Pembaca Cina

 

 

 

 

 

 

 

 

Banyak orang Cina Malaysia yang pandai berbahasa Melayu dengan baik. Mereka itu bersekolah di sekolah aliran kebangsaan, justeru bahasa Melayu mereka bagus.

Penerbit buku-buku Melayu patut membuka Laut Biru pasaran pembaca Cina. Mereka mempunyai daya beli yang tinggi.

Isunya sekarang adalah:

(i) Mengenal pasti buku-buku yang mempunyai appeal kepada pembaca Cina.

(ii) Bahasa Melayu yang bagaimana yang mempunyai appeal kepada mereka. 

Penulis-penulis Melayu selama ini, dalam otak bawah sedar mereka, apabila mereka menulis, mereka menulis berkenaan tema-tema yang sesuai dengan citarasa orang Melayu, dan bagi dijual kepada orang Melayu.

Desainer cover-cover buku Melayu pun demikian juga. Cover-cover novel Melayu menggunakan wajah-wajah Melayu.

Orang Melayu hanya mahu menjual kepada orang Melayu. Ini suatu kotak perangkap mental.

Penulis dan penerbit buku-buku Melayu menjalankan aktivitinya dalam kotak Melayu.

Kotak pasaran Melayu adalah relatif kecil disebabkan jumlah penduduk Melayu yang relatif kecil. Walaupun jumlah penduduk Cina kurang daripada jumlah penduduk Melayu, namun kuasa ekonomi mereka lebih besar. 

Penerbit buku-buku Melayu patut mula menghasilkan buku-buku yang dibeli oleh pembaca Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. Kita perlu mencari formulanya sahaja. 

Ini yang sedang diusahakan di PTS. Kita sedang menerbitkan buku-buku yang temanya 'Malaysia' dan wajahnya 'Malaysia'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Temui Penulis Malaysia di Pesta Buku ReadMalaysia Previous entry: Penulis Yakjuj & Makjuj Diterbangkan dari Jakarta

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.