Monday, July 18, 2011

Strategi PTS bagi Mendapatkan Rak Sendiri Mengambil Masa 8 Tahun

Banyak kedai buku memberikan rak-rak khas bagi mempamerkan buku-buku PTS. Rangkaian kedai buku elit seperti POPULAR dan MPH pun melakukan yang serupa.

Di sesetengah kedai, rak-rak buku PTS diletakkan di kawasan pintu masuk. Ia adalah lokasi yang sangat strategik.

Banyak kelebihannya apabila buku-buku PTS diberikan rak-rak khas. Yang paling penting adalah peningkatan jualan buku-buku PTS.

Selain daripada peningkatan jualan, kesan positif juga berlaku kepada proses branding nama 'PTS'. Orang menjadi sangat mudah mengenali nama PTS.

Satu lagi kesan positif adalah leboih banyak penulis memilih menerbitkan karya mereka dengan PTS.

Sejarah kejayaan PTS mendapatkan rak khas bukanlah tanpa banyak cabaran.

PTS mengambil masa 8 tahun sebelum dapat meyakinkan kedai-kedai buku supaya memberikan rak khas bagi buku-bukunya.

Malah, hanya selepas PTS menerbitkan lebih 1000 judul barulah kedai-kedai buku elit mahu memberi rak-rak khas.

Pada saat ini PTS sudah menerbitkan hampir 2000 judul. Inilah faktor yang memberikan dorongan kepada pengurusan kedai-kedai buku memberikan rak-rak khas kepada PTS.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Siapa Sebenarnya Pembeli Buku Sastera Kanak-Kanak Previous entry: Ciri-Ciri yang Membezakan Sastera Dewasa dengan Sastera Remaja

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.