Sunday, December 05, 2010

Strategi Mengkomersialkan Sastera: Mencipta Excitement Terhadap Sasterawan dan Karya Sastera Melayu

PTS yakin sastera Melayu mesti dipasarkan sebagaimana produk-produk konsumer lain. Buku-buku sastera Melayu mesti dipamerkan di dalam kedai-kedai buku elit, dan ini hanya dapat dilakukan apabila pengurusan kedai-kedai buku itu yakin buku sastera dapat dijual dengan banyaknya, dan dapat membawa keuntungan yang banyak kepada kedai buku.

Bagi meyakinkan kedai-kedai buku supaya mahu membuka rak khas bagi karya sastera Melayu, pertama-tama kita perlu menciptakan permintaan untuk buku-buku sastera. Melainkan ada permintaan, kedai-kedai buku takkan mahu mempamerkan buku-buku sastera. (Kedai buku bukan setor menyimpan buku-buku tidak laku.)

Bagi mencipta permintaan, kita perlu mencipta 'excitement' terhadap sastera Melayu. Orang ramai mesti berasa 'excited' mahu membaca buku-buku sastera Melayu, barulah nanti mereka tercari-cari buku-buku itu di kedai buku. Barulah nanti pengurusan kedai buku mahu membuka rak khas bagi buku-buku sastera Melayu.

Justeru kita memerlukan elemen-lemen yang dapat menciptakan excitement terhadap buku-buku sastera Melayu.

Ini bermakna sastera Melayu mesti menjadi berita dalam media. Dunia sastera Melayu perlu mencipta bahan-bahan berita. Tanpa bahan berita, tidak ada excitement. Tanpa excitement, tidak ada berita. Tanpa berita tidak ada permintaan.

Berita-berita tentang sastera Melayu dan sasterawan Melayu mestilah memiliki ciri 'exciting' barulah nanti media mahu menyiarkan berita-berita itu.

Berita-berita yang exciting adalah berita-berita yang seronok dibaca, yang menjadi bahan perbualan di kedai kopi di kalangan peminat buku, yang mempunyai nilai viral, yang menaikkan adrenalin!

Komuniti sastera perlu mencipta perkara-perkara yang exciting. Para saterawan Melayu perlu menjadikan diri mereka berita yang exciting dibaca.

PTS akan menjadikan SN Dato' A Samad Said sebagai pencetus excitement bagi karya-karyanya sendiri. Beliau akan menjadi berita. Dari masa ke masa akan ada berita-berita terbaru berkenaan beliau yang disiarkan dalam media.

Foto di atas menunjukkan wartawan akhbar Sin Chew Jit Poh sedang mewancara Sasterawan Negara Dato A Samad Said di ibu pejabat PTS pada 1 Disember 2010 lalu, di ibu pejabat PTS. Wawancara itu diaturkan oleh Jabatan Marketing PTS.

NOTA: PTS adalah pemegang lesen penerbitan bagi SEMUA karya SN Dato A Samad Said untuk pasaran dalam negara.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel ke-12 Abd. Latip Talib dalam Tahun 2010 dengan Judul 'Hijrah' Terbit Sempena Maal Hijrah Previous entry: Gaya Hidup Sasterawan Melayu Semakin Bergaya
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/14  at  01:10 AM

Perkongsian ilmu dan maklumat yang sangat berguna.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.