Strategi Menjadikan PTS Suatu Power-Brand
'RTM' adalah brand tetapi ia bukan power-brand. 'DBP' pun brand tetapi bukan power-brand. Puncanya kerana orang ramai kenal 'RTM' dan 'DBP' tetapi orang tidak menaruh kepercayaan pada kualiti brand 'RTM' dan 'DBP'.
Sesuatu brand menjadi power-brand apabila brand itu memiliki 3 unsur:
1. FAMILIAR
a. Orang perasan
b. Terkenal
c. Disukai
d. Mesra
Ini bermakna semua kedai buku mesti ada mempamerkan buku-buku PTS. Buku-buku PTS itu pula mesti dipamerkan di posisi yang mudah dilihat oleh pengunjung kedai itu.
Sebagai contoh, buku-buku PTS mestilah dipamerkan betul-betul di hadapan pintu masuk kedai. Barulah nanti logo 'PTS' menjadi logo yang amat familiar kepada peminat buku-buku Melayu yang memasuki mana-mana kedai buku.
Ini juga bermakna PTS mesti menerbitkan ribuan judul buku supaya jumlah judul yang banyak itu dapat dipamerkan pada rak-rak yang banyak, barulah nanti logo PTS menjadi familiar kepada mata pengunjung kedai buku.
Ini bermakna PTS mesti mempunyai pengarang-pengarang yang merupakan tokoh-tokoh yang sedia sudah familiar, sudah terkenal, sudah bertaraf selebriti, sudah kerap muncul di media.
Ini juga bermakna PTS mesti memilih antara ratusan nama-nama pengarangnya yang belum terkenal, pengarang yang mana yang dapat ditonjolkan dalam media supaya menjadi orang terkenal bertaraf selebriti.
2. DIPERCAYAI
a. Diyakini
b. Dipercayai
c. Dapat diharapkan
Ini bermakna buku-buku PTS ditulis oleh pengarang-pengarang yang memiliki kredibiliti dan integriti. Isi kandungan buku-buku PTS mestilah dapat dipertahankan kebebarannya.
Ini bermakna buku-buku PTS mesti ditulis oleh pengarang-pengarang yang melakukan penyelidikan dan pembacaan luas.
Inilah yang menyebabkan buku-buku PTS mesti memiliki ciri-ciri syariah-complaint, ditulis menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, dan memenuhi pengharapan ibu-bapa, guru-guru, serta pensyarah dan para agamawan.
3. ISTIMEWA
a. Original
b. Unik
c. Lain daripada yang lain
d. Amat berbeza
Inilah faktor yang paling sukar dimiliki oleh sesebuah penerbit. Dari satu sudut, buku-buku PTS mesti unik, tetapi tidak boleh terlalu berlainan daripada buku-buku yang popular dalam pasaran, kerana jika terlalu asing buku seperti itu tidak laku.
Sebagai contoh, pembeli buku-buku agama dan novel PTS mahukan buku-buku yang familiar. Tetapi, jika buku-buku agama dan novel-novel PTS serupa sahaja dengan buku-buku penerbit lain, PTS tidak dapat menjadi suatu power-brand bagi dirinya sendiri.
Ini bermakna buku-buku agama PTS, dan buku-buku fiksyen PTS, mesti mempunyai ciri-ciri yang tidak ada pada buku-buku agama dan fiksyen oleh penerbit lain.
Bagi menjadi sebuah penerbit bertaraf power-brand, PTS mesti mendapatkan kerjasama semua pengarangnya. Mereka mesti diberi kefahaman yang jelas mengapa mereka wajib menulis menggunakan format yang disediakan oleh PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam sejahtera,
Saya membuat kajian tentang brand dan nilai syarikat. Ia kajian saintifik. Bagi syarikat-syarikat seperti F&N;dan berjenama yang lain, nilai syarikat di pasaran saham melebihi 90 peratus daripada nilai aset sebenar. Begitulah pentingnya jenama kepada syarikat.
Namun, jenama terlalu dinamik. Ia boleh menyosang turun dalam sekelip mata apabila berlaku sesuatu isu yang boleh mengubah pandangan masyarakat. Salah satu strategi pesaing yang jahat ialah dengan mencuba untuk melemahkan jenama-jenama terkenal.
Jenama yang berdiri atas kekuatan yang sebenar tidak akan mudah tumbang!
...............
Nota Pn. Ainon:
Prof, saya petik: “Jenama yang berdiri atas kekuatan yang sebenar tidak akan mudah tumbang!”
Bab pesaing jahat ini memang menarik ditulis dan dibincangkan.
Saya teringat, suatu masa tidak lama dahulu bagaimana ada orang dalam media (barangkali wartawan upahan, kot) yang menggembar-gemburkan unsur-unsur tidak sihat dalam kari Mamak nasi kandar, kononnya terlampau banyak kaskas dalam kari itu, dengan harapan orang tidak mahu makan kari Mamak lagi, dengan itu maka restoran segera mereka lebih laku.
Pada suatu hari, saya duduk makan dengan beberapa ‘budak PTS’ di kedai Mamak. Salah seorang berkata begini semasa membuat order:
“Mamak! Kari ikan satu! Taruh kaskas lebih sikit!”
Laaaa…. (kata saya dalam hati) permintaan untuk kaskas pula yang naik!
Post a comment