Strategi Menyeronokkan Penulis Lelaki
Hakcipta buku yang ditulis oleh suami ataupun isteri adalah termasuk dalam harta sepencarian.
Bagi semua karya suami, jika berlaku perceraian, isteri yang bekerja berhak menerima 50% royalti yang dibayar, manakala isteri suri rumah berhak menerima sepertiga. Sebaliknya pun begitu.
Bayangkan... selepas bercerai, setiap tahun cikpuan akan menerima cek-cek royalti karya-karya bekas suami. Maklumlah, buku-bukunya yang diterbitkan oleh PTS evergreen belaka.
Selepas cikpuan kahwin dengan suami baru sekalipun, cikpuan tetap menerima cek-cek itu.
Apabila bekas suami mati, selama 50 tahun kemudian, selagi karya-karyanya masih dijual, cikpuan terus menerima royaltinya! Hahaha! (ketawa besar!)
Demi menjaga kepentingan diri sendiri, buat apa sahaja supaya suami seronok menjadi penulis. Pelajari jenis-jenis aktiviti yang membuat lelaki seronok.
Nombor 1: Belajar SENYUM! Ya. Senyum!
Dalam suatu soal-selidik yang dibuat oleh pakar psikologi ke atas 500 orang lelaki yang pernah bercerai, majoriti melaporkan punca No. 1 mereka tidak puas hati adalah disebabkan bekas isteri mereka tidak senyum!
Siapa yang tidak banyak senyum kepada Sang Penulis Agung, memang dia pendek rezeki!
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Diskusi akan ditulis bila sudah baca entri… (eheheheh)
——-
Tunaikanlah segala kehendak Sang Seniman Agung, nescaya puan puan juga akan menikmati limpahan keAgungannya (heheheh)
Aduh, aduh… sakit dadaku…
Dr. KANG,
Orang perempuan perlu ikut teladan penjual aiskrim yang Tuan tuliskan dalam blog Tuan itu. Memang si senyum manis itu lebih panjang rejekinya! Bukan begitu, Pak?
Dr. Kang,
Kenapa dadanya kok sakit?
Ooo!... ya, ya, saya baru teringat. SIS mahu supaya suami bagi-bagikan harta sepencarian sebelum kahwin lain!
Pening kepala para penerbit dibuat oleh SIS. Dalam dokumen perjanjian penerbitan tidak ada terma yang menghendaki penerbit bagi-bagikan royalti!
Aduh! Sakit dadaku…
Kalau isteri tua mahu bagian royaltinya, dia mesti dapatkan perintah mahkamah. Tanpa perintah mahkamah, penerbit tidak boleh suka-suka hati bagi-bagikan royalti penulis!
Royalti yang jadi rebutan RM3 ribu. Bayar peguam RM20 ribu.
Puas hati SIS!
“..........Royalti yang jadi rebutan RM3 ribu. Bayar peguam RM20 ribu. Puas hati SIS! .....”
Tapi, Sifu,... mungkin peguam lagi puas hati… (dan gembira tersenyum sampai ke telinga ketika berjalan ke bank.. )
“....Siapa yang tidak banyak senyum kepada Sang Penulis Agung, memang dia pendek rezeki! .....”
Siapa yang tidak banyak senyum kepada Sang Pencinta Agung, memang dia pendek cintakah?!
Sheikh,
Semakin banyak dan panjang senyuman yang diberikan kepada Sang Pencinta Agung, semakin puas hati lelaki itu.
Semakin puas lelaki, semakin dia sanggup melakukan benda-benda bodoh bagi membahagiakan si dinda.
Formula simple!
Qoute “Semakin puas lelaki, semakin dia sanggup melakukan benda-benda bodoh bagi membahagiakan si dinda.”
Puan Ainon, oleh kerana banyak pelawat universiti ini adalah orang lelaki, jangan rendahkan kepintaran mereka.
Susah juga jadi lelaki, bila tak buat benda yg bini suka, dikatakan jahat. buat benda yang bini suka, dikatakan bodoh pula. nasib badan…
Sdr FOX,
Banyak benda yang si adinda sukai adalah benda-benda bodoh, macam minta kolam renang di tepi rumah, namun dengan sukacita si kekanda yang puas memberikannya! Nasib badan…
Kolam renang tepi rumah? Datang je ke Kelantan. Banjir besar ni. Tak payah buat kolam
Kelantan dah naik air ke? Kuala Terengganu belum lagi, tapi angin monsoon memang kuat. Semalam lalu kat tepi Pantai Batu Buruk, nak tengok ombak, memang besar, menakutkan.
Tiap-tiap malam jenguk keluar rumah, biasanya air pasang malam. Kalau air pasang sampai depan rumah tandanya banjir, jadi kena alih kereta dulu.
Dan, bersedia untuk kelaurkan ‘kenderaan’ alternatif - perahu.
Post a comment