Monday, January 28, 2008

Tip Survival Penerbitan: Strategi ‘editorial-base’ versus ‘marketing-base’

Bagi saudara yang sedang bergiat dalam bidang penerbitan buku, ataupun saudara baru hendak masuk ke dalam bisnes penerbitan, salah satu isu yang penting peranannya adalah isu 'editorial-base' lawan 'marketing-base'. Isu ini menentukan nasib buku-buku yang saudara terbitkan.

Penerbit yang mementingkan isu-isu editorial menghasilkan buku-buku yang elok isi kandungannya, tetapi buku-buku itu tidak berapa laku dalam pasaran. Contoh penerbit jenis ini adalah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Buku-buku terbitan DBP dinilai oleh penilai-penilai pakar bidang terlebih dahulu bagi memastikan isi kandungannya berkualiti. Para editor DBP pula amat pandai bekerja mengedit buku-bukunya. Semua ejaan, tatabahasa dan tanda bacaannya disemak dengan teliti. Tetapi hasilnya, buku-buku DBP tidak terjual dengan banyaknya, malah hendak dibeli pun amat sukar sebab tidak dipamerkan di kedai-kedai buku utama.

Penerbit yang mementingkan isu-isu marketing pula menghasilkan buku-buku yang mungkin rendah kualitinya alias sampah. Namun buku-buku itu laku keras dalam pasaran.

Walaupun isu kandungan buku-buku yang marketing-base meninggalkan kesan buruk ke atas minda dan akhlak pembaca, walaupun mutu bahasanya rendah, namun buku-bukunya laku keras, kerana ia memberi tekanan pada (i) pakejing, (ii) promosi, (iii) pengedaran. Dengan demikian buku-bukunya dapat dibeli dengan mudah di kedai-kedai buku, pada harga yang berpatutan, sesuai dengan kuasa beli sasarannya.

Sebagai penerbit, kita perlu menyeimbangkan antara tekanan fungsi editorial dengan tekanan fungsi marketing.

Jangan jadi seperti DBP yang terlampau senget kepada fungsi editorial, dan tidak ambil pusing isu-isu pemasaran. DBP melantik DAWAMA sebagai pengedar tunggal buku-bukunya. Walaupun prestasi marketing DAWAMA begitu buruk, DBP tetap tidak mengambil tindakan disiplin ke atas DAWAMA.

Nasib baik gaji pegawai-pegawai DBP ditanggung oleh rakyat, jika tidak sudah lama penerbit itu tidak mampu membayar gaji kakitangannya.

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Salah Letak Buku Previous entry: Novel Remaja Terbaru

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: