Tuesday, May 26, 2009

Strategi Perkembangan Bisnes PTS Islamika

Tuan Faris Hasbullah, Pengurus PTS Islamika Sdn. Bhd. memberitahu UNIKAPTS bahawa penerbit itu sedang melaksanakan strategi pembesaran dengan menerbitkan 4 kategori produk buku-buku berkenaan Islam:

(i) Buku-buku Islam untuk pembaca dami-Islam urban dan modern.

Buku-buku dalam kategori ini ditujukan kepada orang Islam-keturunan dan orang-orang bukan-Islam, baik yang Melayu ataupun bukan-Melayu, yang ingin tahu tentang Islam.

Ciri utama kelompok ini adalah: (a) Mereka tidak pandai membaca tulisan Arab. (b) Mereka tidak mempunyai latar belakang agama, meskipun tentang perkara yang basik-basik berkenaan Islam. (c) Mereka mempunyai pendidikan modern dan sekular. (d) Mereka mempunyai pendapatan tinggi. (e) Mereka tinggal di bandar. 

(ii) Buku-buku Islam untuk dami-Islam tradisional. 

Buku-buku dalam kategori ini ditujukan kepada orang Islam yang mempunyai citarasa tradisional. Dalam golongan ini, mereka mempunyai citarasa tradisional tentang rupa wajah buku agama. Sebagai contoh, walaupun mereka tidak fasih membaca tulisan Arab, tetapi mereka tetap mahukan buku-buku agama yang ada tulisan Arab di dalamnya.  

(iii) Buku-buku Islam untuk pembaca pandai-Islam.

Buku-buku dalam kategori ini ditujukan kepada pembaca yang mempunyai pengetahuan luas tentang Islam.

(iv) Buku-buku sastera agama.

Buku-buku dalam kategori ini ditujukan kepada peminat fiksyen, baik kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa. 

Bagi tujuan membesarkan operasi dan meningkatkan produktivitinya, pada saat ini PTS Islamika sedang menambah jumlah editornya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Strategi Survival dalam Keadaan Ekonomi Menguncup Previous entry: Akan Terbit
ridzwan bakar  on  05/27  at  10:54 AM

Salam Tahniah Pn Ainon, Tn Faris dan tim PTS Islamika. Satu usaha yang wajar bagi mengenal pasti sasaran pembaca dan memberi nilai kepada kehidupan insan. InsyaAllah saya akan bersama-sama Puan Ainon, Tn faris dan Tim PTS bagi menjayakan misi ini.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.