Strategi PTS Meninggikan Jualan Buku kepada Pembaca Bukan Melayu
Buku-buku Melayu tidak patut ditujukan kepada pembaca Melayu sahaja. Ia semestinya dapat dibaca oleh sesiapa sahaja yang pandai membaca dalam Bahasa Melayu.
PTS mempunyai strategi serampang 5 mata bagi meningkatkan jualan buku-buku terbitannya kepada pasaran bukan Melayu:
(i) Menerbitkan buku-buku terjemahan yang berpotensi diminati oleh semua pembeli, baik Melayu mahupun bukan Melayu.
(ii) Menjadikan buku-buku sastera kanak-kanak dan remaja PTS sebagai alat bantu belajar bagi subjek Bahasa Melayu.
(iii) Memastikan kandungan buku-buku PTS sesuai dibaca dan dinikmati oleh pembaca bukan-Melayu dan bukan-Islam.
(iv) Bahasa Melayu yang digunakan seharusnya mudah difahami oleh pembaca bukan-Melayu.
(v) Desain kulit buku yang menarik pada mata pembeli bukan-Melayu.
Pasaran bukan-Melayu adalah pasaran yang berpotensi kerana jumlah mereka yang belajar dalam sekolah aliran kebangsaan adalah besar.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya menyokong usaha PTS 100% :D ... sebenarnya, inilah usaha yang patut dilakukan oleh pihak penerbit tempatan untuk menambah ilmu kepada pembaca buku Bahasa Malaysia
amirah in the house!
Assalamualaikum..
saya adalah peminat buku terjemahan PTS..baik bentuk novel ataupun buku am..saya juga pembeli setia buku terbitan ITNM..adalah diharapkan PTS boleh menterjemah banyak buku am baik barat mahupun timur serta karya2 agung dunia..
salam pn. ainon,
alhamdulillah, saya amat menyokong usaha
PTS…bukan sbb kebetulan kenal dgn
anom dll…tp mmg beginilah sewajarnya
usaha murni membina minda masy generasi
kini yg lebih terdedah kpd dunia Internet.
Didoakan semoga terus sukses di sini dan di sana.
Amin.
Post a comment