Wednesday, May 27, 2009

Strategi Survival dalam Keadaan Ekonomi Menguncup

"Ekonomi negara dijangka menguncup bawah -1.0 peratus pada tahun ini di tengah-tengah iklim ekonomi semasa," kata menteri kewangan kedua. "Saya tidak dapat memberitahu anda (angka itu) tetapi ia tentunya di bawah - 1.0 peratus," kata Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. - Malaysiakini.

Semua penerbit buku sangat khuatir dengan keadaan yang sedang berlaku sekarang.

Buku bukan barang wajib-beli seperti beras dan minyak masak. Buku dibeli menggunakan wang lebihan (surplus money). Dalam zaman gawat, tidak semua jenis buku dapat dijual.

Buku-buku mahal sukar dijual dalam masa gawat. Ini bermakna penerbit memerlukan buku-buku harga murah dan sederhana untuk survive. Fokuskan jualan pada buku-buku yang berharga kurang RM20.00.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit Previous entry: Strategi Perkembangan Bisnes PTS Islamika
Marniyati Mohd. Nor  on  05/27  at  08:50 AM

Salam.

Insya-Allah, Puan. Kegawatan ekonomi mungkin akan menjejaskan sedikit industri buku tetapi Pesta Buku di PWTC membuktikan sebaliknya untuk PTS. Kualiti pada buku-buku PTS menyebabkan pembeli dan pembaca tidak akan lari.

Insya-Allah ramai pembaca di luar sana yang bersikap seperti saya, peruntukan bulanan untuk buku adalah sesuatu yang wajib ada, paling kurang pun RM50 sebulan mesti diasingkan hanya untuk membeli buku.

Semoga Allah memudahkan perjuangan PTS memartabatkan ilmu dalam bahasa Melayu. Amin.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  05/31  at  04:01 PM

Fokuskan kepada produk ‘bestseller’. Kedai buku pun lebih yakin dengan produk yang evergreen & bestseller. Pembeli membeli buku yang dijamin kualitinya. Kualitinya ialah maklumbalas pembaca yang mencadangkan kepada rakan-rakan, media kepada pembaca, penonton, pendengar dan lain-lain.

Keresahan pekedai, apabila penerbit & pembekal buku habis atau putus stok bagi tajuk evergreen & bestsellernya. Ini kerana buku seperti ini yang menjana jualan mereka dalam apa jua situasi kerana sudah ada rekod jualan & maklumbalas yang bagus. Begitu juga kepada penerbit, kos operasinya kurang, profitnya tinggi.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.