Thursday, August 18, 2005

Stroke Artis

Jikalau saudara hendak menjadi penerbit buku kanak-kanak, saudara memerlukan pelukis buku kanak-kanak yang betul. Mengapa 'yang betul'?


Bukan semua pelukis mempunyai 'stroke' yang sesuai untuk buku kanak-kanak. Sesetengah pelukis, strokenya sesuai untuk buku remaja lelaki, sesetengahnya sesuai untuk buku orang tua, dan begitulah seterusnya.



Yang menjadi isu di sini adalah, bagaimana saudara dapat menilai dengan tepat pelukis mana yang strokenya sesuai dengan kanak-kanak?



Setahu kita, walaupun di negara kita sudah banyak terdapat kolej dan universiti yang mengajar mata pelajaran senilukis, tetapi tidak ada mana-mana institusi yang menawarkan kursus ilustrasi untuk produk kanak-kanak.



Saudara sendiri bukan kanak-kanak lagi, oleh itu apabila saudara menilai stroke pelukis, saudara tidak menilainya sebagaimana kanak-kanak menilainya. Penilaian saudara itu adalah penilaian orang dewasa.



Jikalau pelukis itu memberitahu dia sudah pernah melukis buku kanak-kanak untuk penerbit lain, waima dia sudah pernah menang award sekalipun, itu bukan jaminan dia dapat menghasilkan ilustrasi yang disukai oleh kanak-kanak sasaran bagi buku saudara.




 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tempah Maut Previous entry: Buku Hitler: Trendy ataupun Evergreen?
Khairul (Momokz)  on  04/07  at  06:23 AM

Menarik info ni Pn Ainon…

Saya memilih untuk lebih ke arah bidang ini. Tapi seperti yang puan kupaskan, macam mana nak menilai yang ilustrasi kanak-kanak tu dijiwai oleh kanak-kanak. Ada contoh?

Wanita Tercantik di Dunia  on  11/18  at  12:39 PM

Artis-artis…

Film Korea Bagus HP Android Buah-Buahan

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.