Struktur dan Bidang Tugas Staf PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. yang Dikemaskini
Mulai 1 Julai 2009, PTS Professional Publishing Sdn Bhd (PTS Pro) mengalami perubahan dan penambahan staf bertujuan untuk memantapkan lagi produksi PTS Pro. Berikut adalah senarai staf di bawah PTS Pro:
Editor Kanan (Senior Editor)
En. Aizat Abdul Razak (En. Aizat)
H/P: 016-6612017
Id YM: aizatpts
Unit Bisnes & Pengurusan
Pengenalan Produk
Bagi buku kategori bisnes dan pengurusan, kami sedang mengembangkan beberapa produk berikut:
1. Siri Buat Duit
Selain mempelbagaikan lagi Siri buat duit bagi pembaca bandar, kami juga merancang untuk mengembangkan buku siri Buat Duit bertemakan bisnes agro dan bisnes kecil bagi penduduk luar bandar. Harga buku ini sekitar RM10 - RM12 dengan ketebalan buku sekitar 50 - 100 halaman.
2. Buku Internet / Internet Marketing / komputer
Mempelbagaikan lagi buku yang berkaitan dengan internet dan internet marketing. Judul yang sedang hangat adalah Facebook dan juga aplikasi google. Selain itu, kami juga merancang menerbitkan buku aplikasi menggunakan perisian bagi bisnes kecil seperti aplikasi excel bagi pengurusan akaun dan sebagainya.
3. Stand Alone title
Kami mengalu-alukan cadangan daripada kalian bagi mempelbagaikan buku stand alone title kami. Isu yang ingin diterbitkan adalah seperti berikut:
1. Bisnes dan islam
2. Kewangan
3. Pengurusan
4. Motivasi bisnes
5. Kepimpinan
6. Pembangunan diri
7. Branding
Editor Perolehan:
En. Mazni Al Irfan Jani (En. Irfan)
Bidang Kerja: Menerima proposal dan manuskrip yang berkaitan dengan Bisnes dan Pengurusan.
Bidang Kerja: Menguruskan manuskrip yang sudah diluluskan iaitu dari segi editing, layout dan dihantar ke pencetak. Berurusan dengan penulis bagi pruf manuskrip yang sudah dilayout.
Unit Pendidikan
Pengenalan Produk:
Bagi buku dibawah kategori Pendidikan, PTS Pro memfokuskan kepada buku-buku pengurusan sekolah, kaunseling, prasekolah dan motivasi pendidikan. Selain itu, PTS Pro akan mempelbagaikan lagi buku-buku dibawah kategori Pendidikan iaitu buku panduan dan metode meransang pembesaran kanak-kanak dari pelbagai kemahiran, teknik belajar untuk anak-anak/remaja, didikan untuk kanak-kanak 3-6 tahun dan buku pengayaan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah.
Editor Perolehan
Buat masa ini saya bertanggungjawab menerima proposal dan manuskrip bagi buku pendidikan.
Bidang Kerja: Menguruskan manuskrip yang sudah diluluskan iaitu dari segi editing, layout dan dihantar ke pencetak. Berurusan dengan penulis bagi pruf manuskrip yang sudah dilayout.
Unit Teen
Pengenalan Produk
Menerbitkan buku-buku untuk Teen dengan bertemakan bisnes, pengurusan dan pendidikan. Antara produk yang dibangunkan adalah:
1. Siri usahawan cilik - novel kanak-kanak/remaja yang minat memulakan bisnes secara kecil-kecilan. (Editor memerlukan cadangan tajuk supaya tidak bertindan dengan cerita daripada penulis lain)
2. Siri buku sains - novel sains interaktif.
3. Siri idola - novel remaja berkaitan dengan pembangunan diri/motivasi.
4. Siri Sidang Redaksi - novel remaja mengikut persatuan.
5. Buku Non Fiksyen: art and craft, hobi, info komik dan sebagainya.
Jika ada sebarang cadangan bagi siri baru, mohon disertakan penerangan lengkap.
Editor:
Cik Nurismaliza Ismail (Cik Ann)
Unit Terjemahan
Pengenalan Produk
Menterjemah buku-buku bisnes dan pengurusan terbitan syarikat antarabangsa. Sesiapa yang berminat menjadi penterjemah boleh menghubungi editor unit ini.
Editor:
Cik Fatin Farhana Hasan (Cik Fatin)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan Ainon.
Unit Teknikal atau kemahiran hidup tidak ade ke ??
Post a comment