Sub-kelompok Pembaca Remaja Awal
Apabila saudara hendak menulis novel remaja, saudara pelu mengenalpasti siapa target pembaca buku saudara. Ambil ingatan bahawa kelompok-kelompok pembaca terdiri daripada sub-sub-kelompok. Masing-masing kelompok mempunyai ciri-cirinya sendiri.
Sebagai contoh, kelompok "remaja awal" yang terdiri daripada usia 8-12 tahun, terbahagi ke dalam beberapa sub-kelompok:
(1) Remaja awal anak-anak daripada keluarga pendapatan tinggi di bandar-bandar besar.
(2) Remaja awal anak-anak daripada keluarga pendapatan sederhana dan rendah di bandar-bandar besar.
(3) Remaja awal di kawasan luar bandar.
(4) Remaja awal daripada keluarga yang menjaga agamanya dengan baik dan ketat.
(5) Remaja awal yang ibu bapanya tidak kuat mengamalkan agamanya.
(6) Remaja awal daripada keluarga bukan Melayu.
Cerita-cerita yang disukai oleh setiap sub-kelompok itu berbeza-beza disebabkan gaya hidup dan citarasa mereka berbeza-beza.
Perkara ini penting kerana ia ada implikasinya ke atas sambutan remaja awal pada novel-novel saudara.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment