Wednesday, April 23, 2008

Surah Yusuf dan Isu SUBJEK dalam Ayat

Penulis buku-buku cerita dan novel Bahasa Melayu mesti menolong guru-guru Bahasa Melayu memudahkan pengajaran tatabahasa, bukan sebaliknya.

Guru-guru bahasa mengajarkan kepada para pelajar bahawa ayat yang betul mesti ada SUBJEKnya dan PREDIKATnya. Banyak penulis mengambil ringan isu SUBJEK dalam ayat. Ini termasuklah penulis yang dilabelkan sebagai penulis novel sastera.

Ayat yang tiada SUBJEKnya adalah ciri bahasa lisan, yakni bahasa cakap mulut.

Ia juga bukan gaya bahasa Quran. Dalam Quran, ayat yang tiada SUBJEK terdiri daripada 2 jenis:

(1) Ayat misteri seperti "Alif. Lam. Mim."

(2) Ayat sumpah seperti "Demi masa!" 

Dalam surah Yusuf, hanya ada sepotong ayat yang tiada SUBJEKnya, yakni ayat misteri: "Alif. Lam. Raa."

Seluruh surah Yusuf terdiri daripada ayat-ayat yang legkap dengan SUBJEK dan PREDIKATnya. Ini bermakna, Allah menunjukkan bahawa ayat-ayat yang indah adalah ayat-ayat yang mempunyai SUBJEK dan PREDIKAT.

Contoh ayat yang tiada SUBJEKnya adalah: "Kamu adalah anak angkatku sahaja." Zaleha terdiam. Tergamam. Tidak dapat hendak berkata lagi. Teramat terperanjat. Bagaikan tidak percaya.

Penulis yang menulis ayat-ayat tanpa unsur SUBJEK dalam ayat ini bukan hanya datang daripada mereka yang memegang ijazah teknikal, justeru mereka tidak memiliki pengetahuan tatabahasa dan gaya bahasa yang mendalam.

Rupa-rupanya, penulis-penulis yang memegang ijazah linguistik ataupun ijazah sastera juga kerap melakukan kesilapan tatabahasa jenis ini.

Malah, penulis yang memegang ijazah sastera Arab pun ada yang melakukan kesilapan jenis ini, walhalnya mereka mempelajari dengan mendalam unsur-unsur nilai keindahan bahasa Quran.

Banyak penulis terpengaruh oleh gaya penulisan penulis-penulis lain. Disebabkan mereka banyak membaca ayat-ayat tanpa SUBJEK dalam karya-karya penulis lain, lalu apabila mereka menulis, mereka meniru ayat-ayat seperti itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Corat-coret Pesta Buku: Cerita Sedih Previous entry: Kuih Tempah PTS dan Kisah Buku-Curi
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/21  at  11:32 AM

Salam,

Saya pernah mengikuti satu kuliah tafsir. Antara fungsi ayat misteri menurut kata ustaz adalah sebagai penarik perhatian. Tergamam campur terkejut Arab jahiliah dengan cara penggunaan unik ayat misteri.

Penggunaan tanda berhenti yang efektif juga memberi kesan pada emosi pembaca. Contoh, penggunaan ‘saktah’, terberhenti tetapi tidak tertarik nafas.

Di samping itu ada juga penggunaan perkataan seperti ‘kalla bal’ diikuti penggunaan tanda berhenti yang pelbagai untuk memperkuatkan matlamat ayat.

Variasi tanda berhenti dalam Quran punya lebih elaborasi yang mungkin melampaui kemampuan Bahasa Malaysia moden yang terbatas pada noktah, komar, tanda soal dan tanda seruan.

Sekadar berkongsi.

(Saya pernah MENdengar rakaman tafsir surah yusuf oleh pengarang ngetop pts UstAZ Hadi. Best. Betapa gabra askar Mesir apabila saudara-saudara Nabi Yusuf masuk dari lain-lain pintu…....)

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: