Sudah Ada Kontraktor Buku yang Menyorokkan Kereta
Baru-baru ini saya kebetulan terjumpa dengan salah seorang pemilik syarikat kontraktor buku kepada kerajaan. Beliau datang ke PTS bagi menguruskan bekalan buku-buku yang akan diambil olehnya kerana beliau akan membuka gerai pameran di Putra Jaya. Jadi sempatlah kami berbual-bual berkenaan kontrak buku.
Menurut beliau, walaupun sudah masuk bulan Mei, tetapi sampai hari ini belum ada mana-mana perpustakaan membuka tender buku. Begitu juga, belum ada mana-mana kementerian, jabatan ataupun agensi kerajaan membuka tender buku.
Beliau sendiri terpaksa membuat pameran buku bergerak dari satu tempat ke satu tempat demi mencari wang bagi membayar gaji 4 orang stafnya.
Menurut kontraktor itu, sudah ada rakannya yang sesama kontraktor buku yang sedang cuba menjual harta (apartmen).
"Ada yang sudah menyorokkan kereta mahalnya daripada ditarik," kata beliau. "Ada yang sudah menjual nasi lemak!" katanya lagi.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment