Sunday, November 11, 2007

Memilih Judul Buku: Kosa Kata Feminin Bandar dan Luar Bandar

Mencipta judul buku adalah kombinasi seni dan sains yang triki. Hasilnya, kadang-kadang betul, kadang-kadang salah. Judul yang pengarang suka, pembeli belum tentu suka.

Pengarang yang lulus bidang arsitek mungkin suka benar dengan istilah-istilah senibina yang digunakannya sebagai judul bukunya. Tetapi perlu diingat juga, apakah jualan buku itu ditargetkan kepada sesama arkitek ataupun pembaca awam. 

Jika buku itu ditujukan kepada golongan profesional tertentu sahaja, maka judul-judul yang menggunakan istilah sesuatu bidang ilmu itu adalah betul dan tepat sekali, kerana pengarang dan pembacanya memiliki pengetahuan yang sama. 

Apabila saudara mencipta judul buku, tidak cukup sekadar berkata, "Buku ini untuk pasaran perempuan." ataupun "Buku ini untuk budak lelaki." sahaja.

Apa yang dikatakan "pasaran perempuan" itu adalah besar, dengan sub-subkategorinya sendiri:

(1) Perempuan profesional ataupun bukan profesional.

(2) Perempuan sudah berkahwin dan mempunyai anak ataupun belum.

(3) Perempuan kota ataupun perempuan kampung.

(4) Perempuan berpendidikan agama ataupun bukan.

(5) Perempuan remaja ataupun dewasa. 

Ditinjau dari sudut ilmu linguistik, memang terdapat perbezaan perbendaharaan kata antara pelbagai sub-kelompok dalam masyarakat. Perkataan-perkataan yang digemari oleh satu kelompok belum tentu digemari oleh kelompok-kelompok lain. Sebagai contoh, bahasa lelaki muda berbeza daripada bahasa perempuan muda.

Demikian pula bahasa perempuan muda yang lahir dalam keluarga kelas menengah di bandar-bandar besar berbeza daripada bahasa perempuan muda yang lahir dan dibesarkan di luar bandar.

Kedua-dua novel ini ditargetkan kepada pembaca perempuan muda yang tinggal di bandar-bandar besar.

Justeru, judul 2 buah novel ini menggunakan kosa kata feminin yang menjadi sebahagian daripada bahasa perempuan bandar, yakni perkataan "dafodil" dan "lavender".

Dalam kes 2 buah novel ini, judulnya adalah kombinasi antara perkataan emotif "indah", perkataan warna "ungu" dengan nama-nama bunga "dafodil" dan "lavender".

Pengarang 2 buah novel ini adalah Prof. Madya Dr. Umi Kalthum Ngah, pensyarah kejuruteraan Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau menulis novel-novel ini sambil menjalankan penyelidikan semasa bercuti sabatikal selama 9 bulan di sebuah hospital di Manchester.

Sebagaimana dengan novelnya yang pertama, Dafodil untuk Insyirah, dan novelnya yang kedua, Sentuhan Mutaqqin, novel-novel ini juga menggunakan latar kehidupan mahasiswa Malaysia yang menuntut di luar negara, khususnya di Britain. 

Novel-novel Dr. Umi Kalthum Ngah yang menceritakan kehidupan pelajar di luar negara mempunyai peminat yang ramai. Malah beliau sudah mula mempunyai pengikutnya sendiri.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Susah Senang Menjadi Penerbit Bebas-Rasuah Previous entry: Apa Manfaatnya PTS Melesen "Tunnels"?
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/12  at  01:41 PM

Puan Sifu,

Perempuan yang lahir dan dibesarkan di luar bandar   dan kemudiannya bekerja dan bekeluarga di bandar dikategorikan sebagai perempuan kampung atau perempuan kota?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/13  at  04:20 PM

Puan Rihan,

Bahasa seseorang sangat dipengaruhi oleh tahap pendidikannya. Pendidikan adalah faktor paling penting yang menyebabkan psikologi dan citarasa seseorang itu berubah.

Jadi, wanita luar bandar yang mempunyai pendidikan tinggi tidak serupa dengan wanita luar bandar yang lebih rendah pendidikannya, walaupun kedua-duanya tinggal di bandar.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: