Sudah Terbit
Kisah di sebalik cover buku yang diramalkan bakal ngetop ini menarik juga, jadi Sifu ceritakan di sini.
Cover versi beta dahulu menggunakan konsep ikan-ikan keli yang sedang dipanggang panas-panas, dan kelihatan sungguh menyelerakan.
Mungkin fotografer Jabatan Grafik PTS pergi ke pasar Ramadhan di Taman Melawati bagi mengambil foto itu!
Sekali pandang gambar dan konsep cover itu memang cantik dan dipercayai cover itu dapat menjual buku ini dengan bagus sekali.
Cover itu kemudian ditunjukkan kepada Tim Sales PTS bagi mendapatkan komen mereka.
Seorang anggota Tim Sales segera menulis komen yang menusuk kalbu Sang Editor buku ini, dan menyebabkan rakan-rakan di Tim Editorial PTS ketawa terbahak-bahak. Manakan tidak, Sang Komentor telah menunjukkan kesilapan yang sangat serius pada konsep design tersebut.
Menurut Sang Komentor itu, dengan cover yang menggunakan foto ikan-ikan keli sedang dibakar, apakah PTS mahu mengajar orang bagaimana memulakan bisnes menjual ikan keli bakar, ataupun bisnes memelihara ikan keli?!
Aduh! Sungguh menusuk komen itu.... Lalu Sang Editor pun memikirkan konsep baru.
Dengan konsep baru itu Sang Fotografer terpaksa membuat research mencari maklumat di mana terdapat ladang ikan keli yang memberikan persepsi ladang itu ladang yang moden, besar dan amat menguntungkan, serta tepat sebagaimana teknologi pemeliharaan ikan keli yang diterangkan dalam buku itu.
Hmm.... Bukan mudah menghasilkan cover buku!
Yang ini pula akan segera terbit.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya ingin membeli kedua-dua buku ini. Alangkah bagusnya jika penulis buku ini seorang blogger. Boleh order terus.
bagaimana pula dengan lintah? sudah adakah cadangan dari mana-mana penulis untuk menulis mengenai penternakan lintah?
Tentang penternakan lintah, insyallah akan siap sedikit masa lagi.
Assalamualaikum W.B.T
Saudara Fakhrulrazi,
Dimana boleh saya dptkan kedua-dua buku ini? Dan berapa harga untuk sebuah buku?
Sebenarnya saya pun masih belum memegang buku tulisan saya ini. Mungkin dalam proses penghantaran ke kedai-kedai buku.
Saya rasa mungkin dalam seminggu lagi baru akan sampai ke kedai buku.
Sekiranya pihak tuan telah mendapatkan buku ini, amatlah sukacitanya jika dapat pihak tuan berkongsi bersama dimana boleh mendapatkan buku tuan ini.Terima kasih
Tahniah dengan terbitnya buku yang ditunggu2 selama ini. Teruskan berusaha!
ingin dapatkan senaskah buku buat duit dengan ikan keli.
Post a comment