Sudah Terbit Produk Terbaru dalam Siri Komik-M PTS yang Islami
Inilah wajah 2 komik yang khusus diterbitkan oleh PTS supaya dapat berfungsi sebagai mata anak panah bagi membolehkan siri Komik-M (singkatan 'Komik-Malaysia') menembusi pintu pagar sekolah-sekolah rendah dan menengah di negara ini.
Duta PTS, Puan Ain Maisarah, akan memulakan roadshow "Jelajah Sekolah" di seluruh negara mulai bulan Januari 2010.
Sepanjang roadshow itu beliau akan memperkenalkan Komik-M kepada guru-guru dan para pelajar di sekolah-sekolah yang beliau kunjungi, di samping mempromosi semua judul PTS yang ditargetkan kepada pasaran guru-guru dan remaja.
Bagi memastikan Ain Maisarah dapat membawa stok buku yang lengkap dan mencukupi, PTS telah menyediakan sebuah van berwarna pink yang dibeli dan dicat khusus sebagai setor mobile yang mengiringi roadshow beliau.
Dalam kunjungannya ke sekolah-sekolah itu nanti, Ain Maisarah akan berucap selama 20 minit di depan perhimpunan seluruh sekolah, bagi mendorong para pelajar supaya menyukai kegiatan membaca buku-buku yang berinformasi.
Selepas ucapan, Ain Maisarah akan mengadakan pameran dan jualan buku-buku PTS, serta menandatangani semua buku beliau yang dibeli oleh peminat-peminatnya dan bergambar dengan mereka.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment