Supermarket Buku Kanak-kanak dan Remaja
Mengapakah apabila ada supermarket seperti Giant, Tesco, Carrefour dan JayaJusco, dibuka di sesebuah kawasan itu, habis tutup kedai-kedai runcit yang ada?Pilihan! Ya, pilihan!
Pembeli tertarik pergi ke kedai yang menawarkan banyak pilihan.
Bagi meningkatkan jualan buku sastera kanak-kanak dan remaja, kita mesti membanyakkan buku-buku itu dalam kedai-kedai buku. Barulah orang tertarik pergi ke kawasan di mana di situ terdapat banyak pilihan.
Kita mengajak sahabat-sahabat penerbit supaya masuk sektor sastera kanak-kanak dan remaja. Mari kita perbanyakkan dan pelbagaikan judul-judul sastera remaja. Biar seksyen sastera remaja dalam Bahasa Melayu bertambah besar dalam kedai-kedai buku.
Gunakan saiz buku yang sama dengan saiz buku-buku PTS ONE, supaya buku-buku saudara diletakkan di rak yang sama dengan buku-buku PTS.
Jangan gunakan saiz ganjil, nanti buku saudara tidak muat di rak yang ada, akibatnya ia diletakkan di rak lain, terselit-selit antara ribuan buku-buku lain, langsung orang tidak nampak....
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Saya sokong. Buku kanak-kanak mesti diperhebat; penulisan, pemasaran dan jualan. Sebelum ini kita banyak bergantung penerbitan luar negara atau langsung tak sediakan bacaan untuk anak-anak!
——-
Post a comment