Friday, November 24, 2006

Surah Yusuf: Ciri-Ciri dan dan Gaya Penceritaan pada Novel yang Mudah Difilemkan

Salah satu ciri novel yang ditulis supaya mudah diadaptasikan kepada filem adalah ciri perkembangan plotnya yang laju.

Sesetengah novel perlahan dibaca, manakala sesetengah novel laju dibaca. Novel yang ditulis dengan filem dalam kepala pengarangnya mempunyai ciri laju dibaca, selaju filem ditonton.

Sebagai penulis baru, saudara mungkin bertanya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah novel itu perlahan ataupun cepat dibaca.

Faktor-faktor itu adalah:

1. Dialog lebih laju dibaca daripada naratif.

Semakin banyak dialog, semakin laju novel itu dibaca. Semakin banyak teks naratif, semakin perlahan novel itu dibaca. Kisah Nabi Yusuf disampaikan menggunakan lebih 80% dialog. Ini adalah peratusan yang sangat tinggi.

Semakin banyak dialog dalam novel asal, semakin mudah dialog itu dikekalkan dalam filem.

2. Dialog pendek lebih laju dibaca daripada dialog panjang.

Lebih pendek dialog itu, lebih laju ia dibaca. Dialog yang pendek juga lebih mudah dilakonkan dalam filem. Dalam Surah Yusuf, 50% dialog terdiri daripada dialog 1 ayat.

3. Bukan semua teks naratif perlahan dibaca.

(a) Teks naratif yang dihasilkan oleh pengarang omnipotent adalah lebih perlahan dibaca daripada yang bukan. Istilah 'omnipotent' bermakna 'maha berkuasa' ataupun 'maha tahu'. Pengarang omnipotent menggunakan banyak kata sifat (adjectives) dalam naratif.

Teks naratif jenis ini disebut teks TELLING. Teks naratif TELLING sukar diadaptasikan ke dalam filem kerana ia sukar dilakonkan.

Gaya naratif TELLING bukan gaya bahasa surah Yusuf.

(b) Teks naratif yang bersifat SHOWING lebih laju dibaca. Teks jenis ini ditulis oleh pengarang yang tidak bersikap omnipotent. Pengarang bukan omnipotent banyak menggunakan kata nama dan kata kerja (nouns and verbs) dalam naratif.

Teks naratif SHOWING mudah diadaptasikan ke dalam novel kerana ia mudah dilakonkan. Gaya bahasa TELLING adalah gaya bahasa surah Yusuf.

Belajar menulis novel yang mudah difilemkan banyak manfaatnya. Pertama, apabila filem itu menerima sambutan hangat, jualan novelnya naik.

Kedua, mesej murni dalam novel asal dapat disebarkan dengan lebih luas sebab bukan semua orang suka membaca. Banyak orang suka menonton filem dan televisyen.

Ketiga, novel-novel itu membantu perkembangan industri filem yang sihat. Keempat, penulis mendapat dua sumber royalti, daripada buku dan daripada filem.

Kepada mentee-mentee SifuPTS yang menulis jibunsyi, jangan lupa kelas tambahan pagi ini bermula jam 10 pagi. Datang, jangan tak datang!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Dari Novel ke Filem: Surah Yusuf Lwn Kritik Sastera Aliran Barat Previous entry: Perpustakaan Taipei Beli Buku PTS
alang kelana  on  11/25  at  08:47 AM

Saya hadir tadi, dan dapat berkenalan dengan Sdr Zamri, dan beberapa penulis lain,...semoga di bengkel yang lain akan dapat berkenalan dengan penulis-penulis yang lain pula..
——-

rastom  on  11/25  at  11:04 AM

Tuan Alang,

Saya pun teringin juga, tapi sekarang jadual terlalu ketat sangat, belum ada jodoh!

alang kelana  on  11/25  at  02:51 PM

Menghadiri bengkel penulisan, selain daripada membolehkan kita belajar teknik dan taktik menulis, kita juga dapat:
(1) Berkenalan dengan para penulis-penulis lain, serta merapatkan hubungan silatul-rahim;
(2) Memberikan semangat baru kepada kita - macam kita cas “bateri” kita;
(3) Mendapat berkat berguru - belajar melalui pembacaan bahan2 di dalam internet pun boleh tetapi ianya tidak sama kualitinya dengan berguru secara berdepan.

Jadi, semoga Pak Rastom dapat hadir, mungkin suatu hari PTS akan buat pamiran buku di utara, berhampiran dengan tempat Pak Rastom, dapatlah Pak Rastom hadir…

Puan Ainon Mohd.  on  11/25  at  03:05 PM

Sheikh, tadi saya terdengar lagu Normadiah. Antara senikatanya…

Bilalah kita dapat bertemu?...
Barulah hilang rasa merindu…
Rasa gelisah merngharu di hati…
Selang berpisah bila berjumpa lagi…

Bawalah dinda ke negri dewa…
Sebagai hamba pun tidak mengapa…
Memang begitu niat di hati…
Mahligai puspa kakanda lah saja…

Hehehe! Rasa-rasanya dalam kelas tadi ada yang sudah jatuh rindu kepada serban Sudan!

alang kelana  on  11/25  at  03:14 PM

Puan Sifu,

Tidak sangka ramai juga berminat dengan buku topik hangat itu.

Nampaknya saya kena hantar sinopsis buku mengenai poligami yang saya rancangkan itu…

Puan Ainon Mohd.  on  11/25  at  03:23 PM

Sheikh, lagu Normadiah itu adalah lagu calon isteri muda yang sanggup dimadu!

Orang perempuan nih, kalau dia sudah jatuh cinta, jadi hamba kepada lelaki itu pun tak mengapa!

alang kelana  on  11/25  at  07:06 PM

Puan Sifu,

Ada seorang rakan sekerja di pejabat saya sangat tidak senang hati bila mendengar lagu yang berlirik seperti di bawah ini (perempuan yang anti-poligami..):

Di Sana Menanti Di Sini Menunggu

Seumur hidup aku
Ini yang pertama
Pintu hatiku diketuk
Oleh dua wanita
Punyai ciri selama ini ku cari
Berbeza wajah ayunya tetap asli

Kalau ku pilih di sini
Apa kata di sana
Kalau ku pilih di sana
Di sini akan terluka
Perlukah aku pilih keduanya
Bahagi kasih adil-adilnya

Sungguh ku merasa resah
Untuk menilai sesuatu yang indah
Namunku ada pepatah
Yang aku gubah…

Di sana hanyalah menanti
Sampai bila pun ku tak pasti
Bertanya khabar melalui tinta
Jarang sekali bertemu muka
Namunku tahu dia setia

Dan di sini tetap menunggu
Berada jelas di mataku
Kasih tak luak terhadap aku
Sanggup menunggu kata putusku
Sayang ketabahanmu menawanku

Ku terima satu nota
Ringkas tulisannya
Dia sedia undur diri
Dan memaafkanku
Katanya anggap ini satu mimpi
Yang datang sekadar…
Untuk menguji…

Puan Ainon Mohd.  on  11/25  at  10:49 PM

Sheikh, puisi sheikh kali ini buat cikpuan anti-botox tu tentu ketawa terkikik2….

Puan Ainon Mohd.  on  11/25  at  11:09 PM

Sheikh, saya sudah baca sinopsis buku panduan poligami itu. Saya suka cadangan kandungannya. Betulkah sheikh mahu menuliskan buku itu? Kalau ya, PTS boleh terbitkan! Nanti saya emelkan sinopsis itu kepada penerbit NO.1 buku2 motivasi di tanah air kita (En. Fauzul-lah tu!)

alang kelana  on  11/26  at  03:13 AM

Puan Sifu,

Jika PTS boleh terbitkan, insya Allah akan saya usahakan menulisnya, dan hampir pasti saya akan siapkan manuskripnya sebelum siap jibunsyi…

Puan Ainon Mohd.  on  11/26  at  05:12 AM

Sheikh,

Yah! Tulis, pak. Jangan tidak tulis! Judul itu pasti ngetop!

Tentang judulnya, bukankah sudah banyak cadangan dibincangkan dulu, macam-macam judul di bawah komen entri"Ada-ada saja”.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.