Friday, August 17, 2007

Surah Yusuf dan Dialog Orang Yahudi

Apabila saudara menulis novel di mana dalam cerita itu terdapat watak orang-orang bukan Melayu, adakah saudara perlu menterjemahkan dialog mereka ke dalam bahasa Melayu?

Berdasarkan teori sastera Islami aliran surah Yusuf, ya, semua watak bercakap dalam Bahasa Melayu.

Watak-watak dalam kisah Nabi Yusuf semuanya bukan bangsa Arab. Nabi Yusuf adalah orang Yahudi dan beliau serta keluarganya berasal dari bumi Palestina, kemudian berpindah ke Mesir.

Walau bagaimanapun, dalam surah Yusuf, semua watak Yahudi itu bercakap dalam bahasa Arab. Ini adalah bukti bahawa dialog asal yang dalam bahasa Ibrani itu telah diterjemahkan oleh Allah ke dalam bahasa Arab.

Demikian pula, Raja Mesir dan penduduk pribumi Mesir pada zaman Nabi Yusuf bukan bangsa Arab. Namun dalam surah Yusuf, dialog asal mereka semua diterjemahkan oleh Allah ke dalam bahasa Arab.

Malah, dalam seluruh kitab Quran, semua malaikat, iblis, syaitan, jin, haiwan, orang-orang dahulu kala, malah Allah sekalipun bercakap dalam bahasa Arab walaupun mereka bukan orang Arab.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sektor Sastera: Mana Sastera Jantan Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Persahabatan adalah Senjata
mardhiah bte mohd yusoff  on  08/17  at  10:29 AM

bengong haha whatever. Ini mungkin sarkastik dan akan menimbulkan kemarahan. Carilah tok guru.

.

Cikpuan Mardhiah,

Jadi orang perempuan, gunakan bahasa yang elok, meskipun dalam keadaan mahu menghina perempuan lain…
——-

Riduan Khairi  on  08/17  at  11:19 AM

Komen apa ini?

Sungguh tidak beradab. Huh!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/20  at  03:18 AM

Komen yang menarik. Saya kerap mengumpulkan pelbagai keunggulan (keistimewaan al-Quran) daripada pelbagai sumber. Terus terang saya katakan. Saya terpesona dengan isi dan ketepatannya dalam menjelaskan maksud. Memang layak cabarannya juga begitu tinggi darjat al-Quran. Manusia dan jin walau dikumpulkan bersama tidak mampu mencipta ayat yang serupa. Jelas menunjukkan kedudukannya di atas segala bahasa yang mampu difahami manusia. Di sudut yang lain, saya juga ingin melihat kemampuan bahasa lain dalam menyampaikan maklumat.

Sebagai contoh, “Bismillahirrahmanirrahim” kita terjemahkan dengan, ‘Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.’ Mengapa dengan nama? Kenapa kita terjemahkan ‘dengan’? Apa yang kita faham dengan ‘dengan’? Sedangkan dalam Bahasa Arab, huruf ‘Ba’ sahaja mengandungi banyak makna. Untuk menyampaikannya sahaja memerlukan perbahasan yang panjang. 

Apabila ditanya, mengapa al-Quran dalam bahasa Arab? Memang sejak awal orang bertanya begitu. Namun, sehingga sekarang, semua orang mampu membaca al-Quran dalam bahasa masing-masing. Ada yang membaca dalam bahasa Inggeris, Sepanyol, Jepun, Indonesia, Malaysia, Urdu, dan lain-lain. Jadi, jelas itu bahasa manusia yang tersebar luas seantero dunia. Namun, ia kedudukan bahasa Arab sebagai bahasa utama tetap dipertahankan bagi menjaga keutuhan komunikasi. Para pakar komunikasi tentu tahu, apa risiko yang terjadi apabila menterjemah dari satu bahasa ke bahasa lainnya.

Segala puji untuk Allah. Al-Quran terpelihara dalam bahasa aslinya dan ada sejumlah “mereka” yang dirahmati Allah dipilih bagi memelihara sehingga proses terjemahan dan nilai-nilainya tetap terjaga. Kita perlu mensyukuri hal ini.

Versi al-Quran itu terpelihara dan begitu terpeliharanya, juga dalam karya terjemahannya.

Versi terjemahan, adakala terdapat sedikit kesalahan. Apatah lagi salah dalam memahami. Sejumlah orang yang dirahmatinya, terus merujuk maksud sebenar bagi memperbaiki, menyempurnakan, menjelaskan dari sumber utamanya.

Oleh itu, kita tidak perlu berasa berat bagi memahami, sehingga menjadi pakar bahasa Arab kerana mahu menjelaskan asal-usul kata. “Buat susah-susah saja..” Serah sahaja urusan itu kepada yang pakar. Kemudian, kita ambil maksud yang al-Quran turunkan dan sampaikan kepada yang berminat.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.